ImageChef.com

Menerima tempahan kek dan cupcake sekitar Terengganu dan Kelantan

Sedia menerima tempahan kek dan cupcake untuk semua acara. Tempahan sekurang-kurangnya seminggu awal untuk tempahan yang sedikit dan sekurang-kurangnya sebulan untuk tempahan yang lebih banyak.

SILA KLIK PADA LABEL KEK DAN CUPCAKE UNTUK EASY ACCESS PADA KOLEKSI KEK DAN CUPCAKE

Hubungi saya di 019-4849653 atau waina_1307@yahoo.com untuk makluman lebih lanjut.

MAKLUMAN TERKINI

Sila add FB waina, Waina Ilhamku Cakehouse untuk lebih update yer. thanks
Kek, cupcake, cheesetart, tat telur, homemade chocolate. Msg saya, waina 019-4849653

Kongsi Resipi ye kawan-kawan

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

My schedule

Friday, July 29, 2011

Order dari akak di padang midin

Order 25pcs cupcake lemon (cream cheese topping) dan 25pcs cupcake coklat (buttercream mixed topping) dan 100pcs apam dot2 mixed filling. Thanks akak :)



Wednesday, July 27, 2011

Titipan kasih buat keluarga mertuaku....

Salam. Iwan...ape kabar keluarga di n9? dh lama rasanya k.waina x jumpa iwan, mak dan bapak. Setahun lebih ada kot.26.7.2011  k.waina dah pegi pejabat agama, jumpa kaunselor dan k.waina cerita semuanya,alhamdulillah, bila ustazah tanya adakah k.waina tekad...insyaAllah.

kwaina xnk dh nombor baru dia. hati k.waina dh tertutup utk dia.


k.waina x smpai ati nk bgtau mak... mggu depan k.waina nak ke mahkamah syariah utk cerai taklik. k.waina rasa setahun peluang yg k.waina bagi utk dia kembali dh cukup. dia bukan jodoh k.waina lg. k.waina takut nk terima dia balik sbb risau dia akan buat perangai sama lg. skrg k.waina takut nk bkawan dgn mana2 lelaki walaupun ada yg nak berkawan. k.waina risau terkena sekali lg.

k.waina sayang sgt keluarga di sana...mak, bapak, iwan dan adik beradik lain...semuanya baik pd k.waina. tapi apakan daya, k.waina dh rasa xde peluang lg utk kami bersama. dia belum matang sepenuhnya utk faham erti menjadi seorang bapa dan seorang suami.

sampaikan salam k.waina pada mak dan bapak. entah bila kita akan bersua lagi. salam Ramadhan buat Iwan sekeluarga...

Saturday, July 23, 2011

Kuih tepung pelita

Saya sangatlah suka kuih ni... memang meleleh air liur bila mak belikan... Resipi ni ok, cuma rasanya biasa2 je, perlu ada penambahan sikit chewah macamla saya pengkritik tetap pulak

Tapi berbaloi jugak masak kuih ni. sedap. saya xde daun pisang utk letak...so pakai bekas puding aje. bedal sajalah labu....


Bahan-bahannya (untuk 10 orang makan): resipi dari yani @myresipi

Bahan A :

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
4 cawan air
4 helai daun pandan (jadikan 1 cawan air daun pandan)
1 sudu kecil air kapur

Bahan B :
4 sudu tepung beras (rata)
4 cawan santan dari 1 biji kelapa
secubit garam

Cara - cara :

1. 4 helai daun pandan dimesin dan airnya diambil (1 cawan)
2. Satukan bahan A dan sebatikan.
3. Satukan bahan B dan sebatikan
4. Masak bahan A dan kacau sehingga pekat dan berkilat
5. Tuangkan ke dalam acuan.
6. Masak bahan B sehingga masak dan pekat.
7. Angkat santan dan curah ke atas acuan tadi.
8. Sejukkan dalam peti ais.

Bagi saya yang ada lidah org kelantan ni... or siapa2 yg biasa makan tepung pelita yang ada kuah manis tu... caranya, sediakan air gula ikut kemanisan yang disukai (just tambah gula dalam air panas), kemudian selepas tuangkan bahan A ke dalam acuan, letakkan air gula ke atasnya sesedap rasa dan hati anda nak banyak mana... then baru letak bahan B.

Selamat mencuba....

Friday, July 22, 2011

Kek coklat moist untuk birthday K.Dah...

K.Dah dari skolah order kek coklat moist sempena birthday dia 17.7 hari tu. thanks K.Dah

Ilham dah meniarap...

Officialnya Ilham dah pandai meniarap sendiri (22.7.2011 @ 3 bulan 1 minggu)... wah xsmpat nak snap pict dia tadi... saya letak dia atas katil yela, dah malam, so tido la pastu agaknya dia cari susu kot. saya tgh layan fb di luar bilik. sekali dengar Ilham duk memanggil2... alahai, anak aku meniarap rupanya... hahaha nak ketawa pun ada... lapar punya pasal smpai blh meniarap sudahhhh.... esok Ilham meniarap lg ye sayang.... hihi peluk cium dari ibu Ilham...

Seronok dan bahagianya ada penyejuk hati dan tempat mencurahkan kasih sayangku ini... bila tgk dia, rasanya semua masalah dalam dunia blh hilang mcm tu aje....ibu sayang Ilham

Wednesday, July 20, 2011

Pancake with chocolate sauce.

Akhirnya selepas banyak minggu tertangguh nak buat pancake,... dapat jugakla saya buat. saya ambil resipi ni dari (sorry terlupa nk tulis blog mana) harap dimaafkan :P


Bahan-bahannya :

1 1/4 cawan tepung,
2 sudu makan gula biasa,
2 sudu kecil baking powder,
3/4 sudu kecil garam,
1 1/3 cawan susu segar,
3 sudu makan minyak sayur, (saya time tu takde minyak sayur or jagung, so saya bedal jugakla minyak masak)
2 biji telur.

Cara-cara memasaknya :




1. campur semua bahan kering dalam satu bekas dan ketepikan

2. campurkan telur, susu, minyak dalam bekas lain.

3. campurkan kedua2 bahan.

4. biarkan dalam bekas tertutup selama 10-15 min

5. masak pada non-stick pan hingga keperangan. kalau xde non-stick, blh masak pd kuali biasa tapi tmbah sikit minyak dlm kual.

****
sedap kalau dicicah dengan susu pekat manis jugak. saya buat sos coklat.


resipi untuk sos coklat...susu cair dan coklat masakan (jangan yg pahit ye, nanti sos pahit jugak - kalau ada coklat chip pun blh pakai buat ganti coklat masakan)
panaskan susu cair... dan tuangkan ke atas coklat sikit2 smbil kacau hinggalah dapat kepekatan yang diingini. kalau x habis blh simpan dlm fridge. sos ni xkan mengeras...

Sunday, July 17, 2011

Apa kena lah dengan Ilham sayang ni...

Dah lama x tulis entry pasal Ilham... sekarang dia dh 6kg :) dh mula belajar nak meniarap... hari2 atas katil or dalam buai mesti mengiring... pagi tadi nasib baik adik perasan, dia termeniarap...tapi kepala x gagah lagi, so kesian pulak tgk...

Isy2... xpatut2... ada ke ibu Ilham biar je mcm tu... :D
Masalah yang tak selesai2 lagi Ilham xnak menyusu botol. pagi ni Ilham djaga oleh dua anak dara sunti @mak sedara dia... mengamuk abis Ilham smpai jiran sebelah pun dengar dia nangis. aduyai...lapar punya pasal tapi xnak botol. 7 auns susu perah ada dalam botol tu... hampir suku dia keluarkan bila masuk dlm mulut dia... nantilah, nak cari puting Dr.Baby pulak... membazir je susuku... adik siap kol lagi suruh balik awal...nak smpai cepat mcm mana, tempat kerja setengah jam perjalanan... kesian Ilham sayang...

Sunday, July 10, 2011

Chocolate brownies with topping

Asyik2 coklat... tapi coklatlah best kan... kali ni resipi brownies mudah dan sedap. Saya ambil dari Kak Yati yang diambil dari asal usulnya ialah Allrecipe. Silakan mencuba...

Resipi dia saya translate dalam BM k... kalau nak english version, blh trus g blog kak yati.


Bahan - bahan  (4-5 orang makan):
1/2 cawan mentega
1/2 cawan gula
1/4 cawan gula perang
2 telur (saya guna gred A punye)
1 sudu kecil esen vanilla
1/3 cawan serbuk koko (tidak manis)
1/2 cawan tepung serbaguna (saya pakai tepung biasa je)
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil baking powder

Bahan - bahan untuk frosting dia :

3 sudu besar mentega
3 sudu besar serbuk koko (tidak manis)
1 sudu besar madu (saya takde madu so saya pakai golden syrup)
1 sudu kecil esen vanila (saya letak setengah sudu je sbb adunan sikit)
1 cawan gula ising (saya letak separuh cawan je...xnak manis sangat)

Cara-cara :
1. Panaskan oven kepada 175C
2. Griskan loyang dengan mentega dan tabur tepung (saya lapik dengan baking paper je lagi senang)
3. Dalam saucepan yang besar, cairkan mentega. Tutup api dan campur telur, gula dan esen vanila dan kacau.
4. Campuran tadi disatukan dengan tepung, serbuk koko, garam dan baking powder dan diputar hingga sebati.
5. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 25-30 minit. Jangan terlebih masak, nanti hangit.
6. Sediakan frosting : Satukan semua bahan dan letak atas brownies semasa agak panas.(saya tambah semua bahan dan putarkan, lepas tu letak atas brownies. Ingat ye, letak time brownies tu masih agak panas sbb frosting tu akan cair, dan nampak sangat cantik)


Time ni saya xde ising sugar, so saya bedallah gula kastor...jadi jugak rupanya. Saya letak 1/2 cawan gula kastor dan 3 sudu besar golden syrup... suka2 hati je ubah resipi. nasib baik jadi.

Brownies ni makan time bila ye? time suam ke time sejuk? saya mmg x pernah makan brownies walaupun d secret recipe. tapi saya letak je dalam peti sejuk. Brownies ni bila dia menyejuk pada suhu bilik, isi2 dia mulai mampat dan nampak mcm brownies la... bila dia panas, nmpk mcm kek coklat pun ada.

Selamat mencuba.

Saturday, July 9, 2011

Kek coklat moist Nisah & Mie 7.9.2011

Thanks to Niesah sebab sudi tempah kek hantarannya dengan saya. Dia kata nak simple2 je... Tema kahwinnya hitam putih...Selamat berbahagia di alam baru... Amin

Donut choco ball

Thanks to ziela as my 1st customer... beli donut choco ball saya... harap memuaskan hati zielaku k...

Custard Tea Cupcake

saya tgk nama cupcake ni sangat menarik. sy tgk di skybluemelleymey.blogspot. Maka, mencubalah saya membuatnya... adunan ni saya dapat dalam 6 biji cupcake je... betul ke saya buat ni? Hehe...

Kawan - kawan...sila mencubanya ye... rasanya sedap, (cuma inti kastard dia terpahit sikit sbb tertumpah esen vanilla)..isk2 malu...makan panas2 mmg best sbb inti dia lembut... lepas sy masukkan dlm peti sejuk, inti dia keras sikit je...tapi rasa masih sama. Lain kali nak cuba lagi :)

:: Sumber ~ Akak Ida @ 1001 resepi ( TQ )
:: Salin dari Dapur ~ Ika @ Arah ( TQ )
:: Olahan Diana (tuan punya skybluemelleymey.blogspot)  Dalam Tulisan Merah

Bhn²
125g / 1/2 cawan butter ( Versi Diana pula _ d cairkan )
1/3 cawan gula castor
1 biji telur
3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung kastard
1/2 tsp pewarna perang ( Nie Diana tambah yer )

Bhn² Kastard ( Diana buat 1 1/2 adunan )
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula kastor
2/3 cawan susu
15g butter
2 sudu teh vanilla
 
Cara² Untuk Kastard
  1. Larutkan tepung kastard dan gula ke dalam susu.. panaskan hingga mendidih dan pekat.
  2. Masukkan butter dan vanilla.
  3. Sejukkan.

Versi Diana Pula ( Menggunakan Cawan Kertas )


Cara² Untuk Kek
  1. Pukul telur bersama gula sehingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan tepung naik sendiri dan tepung kastard.. Gaul rata.
  3. Kemudian masukkan mentega yang telah d cairkan dan pukul sebati.
  4. Bubuh pewarna perang dan gaul rata.
  5. Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam cawan kertas dan tuangkan sedikit adunan kastard dan bubuh lagi adunan kek sehingga 3/4 penuh.
  6. Bakar selama 15 - 20 minit atau sehingga masak ( bergantung pada saiz cawan kertas yang d gunakan ) d dalam oven yang telah d panaskan pada suhu 180°C. 
 saya pakai cara ini untuk buat cupcake ni. cuma saya xde tepung naik sendiri, so saya ganti dgn tepung biasa dan tambahkan 1 sudu baking powder (nak tambah banyak2 x berani)... so cupcake saya x naik sgt macam org lain punye isk isk....


saya letak chocolate ganache atas cupcake untuk cover tengah dia yang agak lembut sbb ada inti dalam tu. 

Sunday, July 3, 2011

Puding Kastad tanpa telur

Selalunya puding karamel mesti ada telur, tapi hari ni saya nak cuba resipi baru yang saya ambil dari nurniezza.blogspot. tapi biasalah, mesti ada je yg termodofied... takpe asalkan sedap.


siapa2 yang berminat, blhla copy dan buat ye...

Bahan A : Gula dua senduk (saya guna senduk nasi)

Bahan B:
7g @ 1 peket serbuk agar2... (time tu sy xde serbuk agar2 so saya guna separuh agar2 kering (15g))
4 cawan air
2 1/2 senduk gula (saya guna 2 senduk aje, xnak manis2 sangat...ni pun rasa kena kurangkan lagi)

Bahan C :
Susu cair 1 tin
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-caranya :
1. Campurkan bahan-bahan C hingga sebati

2. Cairkan gula dlm periuk dan bila dah agak hangus tu, boleh tambahkan air (ikut suka nak cair mana)>> saya tambah dalam setengah cawan air

3. Dalam periuk lain, didihkan bahan B kemudian kecilkan api dan tambah bahan C.Kacau rata beberapa minit hingga pekat sikit.

4. Tuang bahan B ke dalam bekas yang dah diisi dengan gula hangus tadi. Sejukkan dalam peti sejuk. Biarkan smpai keras. Makan sejuk2 best....

Selamat mencuba

Saturday, July 2, 2011

Tempahan biskut raya

Mari...mari... masa untuk menempah biskut raya sudah tiba... harga dan gambar akan diupload beberapa hari lagi.

1. Chocolate chip cookie (versi Famous Amos)

2. Chocolate chip biscuits with nutella filling

3. Shortbread hearts

4. Biskut dahlia

5. Marble suji cookie

Jika berminat untuk menempah, blh email atau sms saya ye.

Friday, July 1, 2011

Ilham...Ilham...

anak ni kan... tiap2 bulan mesti ada je perangai unik dia kan... sama macam Ilham, dulu hanya minum susu guna botol...smpai ibu dia pun hampir2 kering susu. fuhhh bahaya... namun, disebabkan nak sangat menyusukan dia sendiri, ditambah pulak dengan banyak blog2 penyusuan ibu yang menambah semangat saya untuk menyusukan dia, sikit2 ku pam2 dan ku beri minum...x sangka sekarang... alhamdulillah mmg dh sebulan lebih saya berjaya menyusukan dia dan mengoptimumkan berat dia :)

lihatlah saya sekarang 5.5kg 3bulan...bam bam x?

saya sangat bahagia melihat keletah dan hubungan akrab saya dan Ilham. walau berpisah 3,4 jam pun saya dah x tahan rindu. mcm mana nak pergi kerja ni...yang penting, selagi boleh saya nak susukan dia sbb saya sangat suka pandangan matanya bila dia hisap susu, gerakan kaki dan tangannya serta masa2 dia main2 dengan puting susu lepas dia dh kenyang...



dan sekarang, Ilham reject minum botol...alahai, timbul masalah pulak. dia selalu keluarkan apa yang masuk. tapi x apa, kata orang, lebih senang ajar anak minum botol daripada minum direct. lama2 boleh la tu...

Ibu sayang Ilham....satu-satunya permata hati ibu

Cuppies hadiah untuk pengantin baru sahabat baikku...

Hari tu time kawan saya, Ila kawin, x smpat nak beli hadiah utk dia... jadi Ilhamku Cakehouse menghadiahkan 12cupcake (6choc moist dan 6 red velvet) utk Ila...harap Ila dan suami suke ye...


Choc moist mmg rasa bercoklat dan agak manis...dan red velvet rasanya agak manis2 masam gitu... tambah pulak dgn cheese cream yang mmg berlemak..fuhhh terangkat :)