Salam Aidilfitri untuk rakan-rakan semua... wah, dah hari raya ke-9 baru nak ucap selamat... nk buat mcm mana, seminggu sebelum raya sibuk sgt buat order kawan2..nasib baik semuanya siap dengan jayanya... thanks kawan2 sbb support bisnes Ilhamku Cakehouse...
Aidilfitri ni kali kedua saya beraya tanpa dia. Tapi kali kedua jugak beraya dengan Ilham... cuma tahun lepas, dia baru sebulan dlm kandungan...dan sekarang dia dah 5 bulan di dunia hihi...
Aidilfitri 2010
Aidilfitri tahun lepas jika dikenang2 balik, mmg sangat menyedihkan. Saya balik kampung sorang2, semua bertanyakan ke mana dia pergi. Waktu itu, malu, kecewa, sedih semuanya ada. Lagipun saya baru mengandungkan Ilham, bertambah2 la kekecewaan emosi yang melanda.
Namun, Aidilfitri kali ini saya lebih tabah dan kuat. Semuanya kerana adanya Ilham, anak kesayangan ibu. Saya dah lali dengan pertanyaan sanak-saudara. Dan kali ini, saya ada jawapan yang lebih pasti, kami sudah berpisah.... Ini semua telah menjawab semua persoalan yang ada di fikiran saudara2ku...
Aidilfitri 2011
Apa jua yang berlaku dalam hidupku, semuanya telah tertulis dalam takdir yang telah ditentukan Allah Maha Esa... kita hanya mampu berdoa dan berusaha menjadikannya yang terbaik.
Salam Aidilfitri untuk semua
No comments:
Post a Comment
say something ye kawan-kawan