Menerima tempahan kek dan cupcake sekitar Terengganu dan Kelantan

Sedia menerima tempahan kek dan cupcake untuk semua acara. Tempahan sekurang-kurangnya seminggu awal untuk tempahan yang sedikit dan sekurang-kurangnya sebulan untuk tempahan yang lebih banyak.

SILA KLIK PADA LABEL KEK DAN CUPCAKE UNTUK EASY ACCESS PADA KOLEKSI KEK DAN CUPCAKE

Hubungi saya di 019-4849653 atau waina_1307@yahoo.com untuk makluman lebih lanjut.

MAKLUMAN TERKINI

Sila add FB waina, Waina Ilhamku Cakehouse untuk lebih update yer. thanks
Kek, cupcake, cheesetart, tat telur, homemade chocolate. Msg saya, waina 019-4849653

Kongsi Resipi ye kawan-kawan

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

My schedule

Wednesday, December 14, 2011

All Year Mixed Emotion

Hmm.... kalau diikut2kan last skali saya tjumpa dia pada november tahun lepas. sekarang 14.12.2011... dah setahun sebulan tanpa khabar berita dan nafkah. terlalu banyak yang berlaku dalam masa setahun ni...

ketika mengandungkan ilham... walau papa dan mama berusaha menyuruh saya melupakan dia...namun perasaan  mengharap dan sayang masih menebal... hingga ketika saya melahirkan ilham, dialah org pertama yg sy bgtau...sbb jauh d sudut hati masih mengharapkan dia kembali... namun, harapanku berkecai setelah dia enggan pulang menguruskan pendaftaran anaknya... pada 28 april 2011, itulah kali terakhir mendengar suaranya bersama dengan kekasihnya.

sy berpantang dan bersusah payah membesarkan ilham... dan pada 3 bulan pertama, alhamdulillah...setiap detik susah senang dgn ilham saya anggap sbg pengalaman paling manis dlm hidup. namun, sehingga julai 2011, 2-3 minggu sekali dia masih call sy..masih cuba memberi harapan yg palsu... dan saya pd waktu itu masih percaya...

sehinggalah call yang paling akhir yg saya x angkat... (time tu piala suzuki)... dan tak ada lagi nombor asing yg terpapar di skrin telefon saya. Secara perlahan2 pada waktu itu, saya bangun dari mimpi yg panjang, dari angan2 yang x kesampaian... saya cuba muhasabah diri...adakah dia berbaloi untuk ditunggu? adakah dia layak jadi bapa pada ilham? jika dia kembali, adakah dia boleh kembali pada perangai lamanya... sungguh aku FOBIA....bila kurenung2kan waktu dulu, kalau bukan kerana sayang, xku bertahan dlm rumahtangga ini. Syukur sgt2 dpt balik ke pangkuan keluarga... dan telah membuka minda dan hatiku untuk melihat buruk dan baik dari segi Islam...

selepas saya mula bekerja, dan memulakan perniagaan Ilhamku Cakehouse ini... (sekitar bulan Julai).. baru saya benar2 yakin yang sebenarnya saya boleh hidup tanpanya. walau dia xada, x menjadi kudis dalam hidup saya. saya bertekad untuk mengejar kembali minat yang dah lama tersimpan sejak saya mengenalinya.

dan waktu berlalu sangat pantas.... dek kesibukan kerja dan komitmen pada perniagaan, sehari demi sehari berlalu tanpa saya menyedari kini sudah Disember...sampai bila saya ingin digantung tidak bertali? lantas, tergerak hati ini untuk ke mahkamah syariah...

Alhamdulillah, sekarang saya hanya perlu membuat borang afidavit untuk permohonan fasakh saya. semoga Allah merahmati dan memudahkan urusan saya...Amin...

Saturday, December 10, 2011

Ayam goreng crunchy

Inspirasi resipi ini adalah daripada Nigella..saya tgk dalam laman web Food Network. sambil2 tu ape lagi, modified la hihihi...
sebenarnya, saya cukup suka buat ayam goreng salut tepung. tapi dh bosan beli tepung segera yang kejap rasa mcm best, dan ade jugak yg x best. jom buat sendiri pun x kurang sedapnya....

resipi ni, saya reka2 aje, kira campak2 aje rempah2 yg ada...




Bahan-bahannya (untuk 6-7 orang makan):

Ayam secukupnya
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar serbuk lada putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk lada
1 sudu besar serbuk perasa ayam
2 cawan susu segar (boleh digantikan dengan air biasa)
2 biji telur
garam secukup rasa (lebih kurang 1 sudu besar jugak)

Cara - caranya :

1. Campurkan ayam dengan susu dan letakkan dalam bekas atau plastik bertutup. Simpan dalam peti sejuk sekurang2nya dua jam
2. Rebus ayam bersama2 susu hingga ayam masak (guna api sederhana)
3. Campurkan semua bahan2 kering dalam satu bekas, dan telur dalam satu bekas lagi.
4. Panaskan minyak.
5. Bila ayam sudah masak, toskan hingga agak kering.
6. Salutkan ayam dengan tepung dahulu.... kemudian baru salutkan dengan telur, dan sekali lagi salutkan dengan tepung. baru digoreng hingga keemasan.Ayam ni dah masak masa direbus tadi, jadix yah risau kalau goreng hanya sekejap.

Rainbow cake

Dah lama tgk org lain buat... kek ni sangat cantik dan lembut dan cream cheese frostingnye nyummy... x muak... sangat lawa dgn kombinasi warnanye.. elok aje frosting warna putih. jom layan gambar


l

sape2 nak blh order ye...