ImageChef.com

Menerima tempahan kek dan cupcake sekitar Terengganu dan Kelantan

Sedia menerima tempahan kek dan cupcake untuk semua acara. Tempahan sekurang-kurangnya seminggu awal untuk tempahan yang sedikit dan sekurang-kurangnya sebulan untuk tempahan yang lebih banyak.

SILA KLIK PADA LABEL KEK DAN CUPCAKE UNTUK EASY ACCESS PADA KOLEKSI KEK DAN CUPCAKE

Hubungi saya di 019-4849653 atau waina_1307@yahoo.com untuk makluman lebih lanjut.

MAKLUMAN TERKINI

Sila add FB waina, Waina Ilhamku Cakehouse untuk lebih update yer. thanks
Kek, cupcake, cheesetart, tat telur, homemade chocolate. Msg saya, waina 019-4849653

Kongsi Resipi ye kawan-kawan

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

My schedule

Tuesday, June 28, 2011

Oreo cheesecake

oreo dalam cheesecake ni agak besar (big chunks)...saja sbb nak kunyah biskut. tapi blh hancurkan lagi untuk lebih cantik. rujuk pada senarai harga untuk tempahan.


Untuk kawan-kawan yang nak resipi cheesecake, blh ke page Baked cheesecake ye.... 

Monday, June 27, 2011

Aku nekad

Tak sangka kadang-kadang kisah cinta, kisah hidup kita tak sama dgn org lain...kadang-kadang saya persoalkan kenapa kesudahan kisah saya macam ni. Tak berhak kah saya nak hidup bahagia bersama suami dan anak? Namun...sebagai hamba Allah, kita hanya mampu meneka dan mengharap... Allah yang berhak mencorak hidup setiap hambaNya.


Setelah 7 bulan berjauhan, dan pelbagai dugaan yang datang menjengah tika ini... saya buat keputusan... saya ingin pembelaan sewajarnya daripada pejabat agama. InsyaAllah... jika Allah izinkan, sampailah saya ke sana untuk memfailkan aduan saya.

Saya tak faham kenapa dia begitu mudah berubah hati. Dan yang paling memedihkan bila adiknya memberitahu dia ingin membawa pulang wanita itu berjumpa ibunya. What the.....????? Sekampung tahu saya isterinya, apa kes berani nak bawak perempuan tu pula????

Cukuplah sampai di sini. saya tak tahu begitu serius hubungan mereka. tak apa lah, mungkin ini yang terbaik untuk saya. CUKUPLAH. Biarkan semuanya berakhir. saya tak sanggup menangis lagi.
Ya Allah... aku memohon... jauhkanlah aku dan anakku daripada dia... janganlah dia kembali lagi ke dalam hidup kami... aku redha di atas semua dugaanMu ya Allah... cukuplah sampai di sini kisah kami ya Allah... semoga hidupku dan anakku akan berubah lebih baik selepas ini... Amin Ya Rabbal Alamin...

Sunday, June 26, 2011

Chocolate donut ball

Ini ialah salah satu makanan yang sangat digemari ramai... orang tua, orang muda dan kanak-kanak. Choc donut ball tidak terlalu manis, di luarnya diselaputi choc ganache dan ditabur dengan choc rice... sekali makan mesti nak lagi...
Dibuka untuk jualan. Donut yang gebu, diselaputi choc ganache dan choc rice. Dua biji seringgit. Minimum order 30biji.

Saturday, June 25, 2011

Ayam panggang rempah

sebenarnya resipi ni modified daripada resipi ayam panggang kenny rogers tapi termodified pulak. ini resipi versi Waina

Ayam panggang berempah

Resipi :
10 ketul Ayam (terpulang nak guna ayam seekor atau yang dah dipotong)
3 ulas Bawang merah
3 ulas Bawang putih
Halia 1 inci
Beberapa titis Sos worcestershire
2 sudu besar Sos lada hitam
1 pati kiub ayam (mana-mana jenama)
2 sudu madu / gula (saya xde madu time tu so saya saja pakai gula melaka)
1 sudu besar serbuk cili kering (paprika pun lagi best)
1 sudu besar serbuk ketumbar (dan rempah-rempah yang lain jika suka)
garam secukup rasa
1 batang serai  - optional (kali pertama saya buat pakai serai, resipi asal xde serai...bila letak serai bau dan rasanya lebih kepada perapan sate)

Cara - cara :
1. Kisar semua bahan dan perapkan ayam sekurang-kurangnya 30minit atau lebih (saya perap sejam setengah)
2. Panggang dan kadang-kadang sapukan butter / lebihan perapan pada ayam supaya tidak kering. lakukan sehingga ayam masak.

Wednesday, June 22, 2011

Supplier cupcake liner di Terengganu

kat mana saya nak cari di K.trg ni... dah puas pusing2 tapi x jumpa2 jugak... saya mencari pembekal peralatan or barang-barang terutamanya cupcake liners, boxes dan edible image designer. setakat ni saya beli online dari internet...supplier dia di kl. wahai blogger2 (kalau ada siapa2 tau, please comment or email me ye) kalau siapa2 yg tau website mana yang jual (saya beli di website cakeconnection) blh la bgtau jugak ye... thanks a lottt

Tuesday, June 21, 2011

Apam polka dot

akhirnya, selepas merancang berminggu - minggu nak buat, siap sudah apam polka dot yang sedap :). tu dah habis suku pada malam saya buat, dan dh habis separuh bekas ni pagi ni sbb adik2 bawak bekal apam ke sekolah. sedap sbb rasa coklat.


apam ni saya letak inti coklat dan strawberi. 3 biji rm1 kalau nak tempah. boleh request nak filling apa.

Sunday, June 19, 2011

Tinggal kenangan...

Entri ni mcm lagu Saleem la pulak. tapi mmg betul pun, kdg2 memori yang dulunya indah datang mengetuk jendela ingatanku...

 cantik x saya... hihi...tahun 2009 dulu... selamat bergelar isteri... kehidupan dtempuhi dengan penuh harapan dan kecekalan.

namun, apakan daya, ku sangka panas ke petang, rupanya hujan di tengahari buta. hujan panas pulak tu. aduyai. dahla jadi bila Ilham ada dlm kandungan. sedihnya toksah cerita. Ku bawa diri kembali ke pangkuan keluarga tercinta.




ni lah my happy family... Ilhamku cakehouse dibantu oleh adik2 perempuan saya... dan banyak cadangan dan sesi merasa oleh mama saya...

sekarang hidup mesti diteruskan. rasanya macam igauan mimpi ngeri bila terkenang peristiwa pahit mencengkam jiwa... tak sanggup aku kembali lagi rasanya kepada mimpi ngeri itu.



selamat tinggal kasih, selamat jalan sayang... saya pun x tau ada harapan ke tidak untuk kita kembali bersama. kesian Ilham x kenal ayahnya depan2, hanya blh tgk gambar je. kalau dikira sayang tu, tiap kali dia kol hati saya akan berbunga riang. tapi lepas dia kol, hati saya jadi geram, sakit hati dan sedih bila mengenangkan apa yang dia buat pada saya sejak hari tu hingga SEKARANG. ya Allah, Kau tunjukkanlah jalan terbaik untukku dan anakku Ilham....

I am a bfeeding mommy :))) (walaupun ade kantoi sikit) LOL

dah sebulan sejak saya tulis entry mula breastfeeding ni. x sangka sekarang dh berjaya susukan Ilham kdg2 sepenuhnya susu ibu, tapi selalunya ade terkantoi sebotol or dua botol susu formula gak... lebih2 lagi kalau saya tak ade kat rumah or adik saya (umur 8tahun) nak sangat buat susu untuk Ilham... asal Ilham nangis je, trus Arif lari ke dapur buat susu sbb katanya Ilham mesti lapar tu... haha... mmg lucu dan x smpai hati nk halang dia. tapi setakat sebotol je la sy bagi dia buat.

saya dah lama x pam susu. bukan ape, dulu2 time pam, rasa breast mcm kosong so Ilham nk minum pun mcm x puas. skrg asal Ilham nk susu je sy terus sumbat mulut dia dh malas nk pam lagi... dan sekarang Ilham buat perangai xnak botol!!!! asal suapkan dia botol, dia luahkan balik susu yg masuk... aduiyai. nk kena masukkan nenen dulu kejap, cabut dan baru sumbat susu botol...hah baru jadikk...

then bila bagi susu dlm botol (3oz), dia mesti terbangun n xnk tido lepas tu... jadi mmg malam2 saya anti betul bagi botol sbb saya nak dia tidur....

jadi, mcm mana nk buat lagi 2 minggu saya dh nak masuk kerja. maybe d sekolah saya akan pam utk dia minum bila2 la... yg pnting bukan minum bila bedtime dia...

actually, saya xpakai dah pam susu Pureen tu. sangat x selesa dan sakit.lepas tu bateri cepat betul habis. membazir je. saya PICIT. mmg hasilnya pun mmg ok sgt2. sekarang ni kalau satu sesi picit n perah susu, dlm 3 oz blh dapat.

Saturday, June 18, 2011

Growth spurt

ape tu... xpenah pun dengar perkataan ni dari orang dulu-dulu...senang cerita budak buat perangai sebab nk besar.... tapi ade ke? entahla...ikut orang putih kata, ada la...

Growth spurt ni biasanya jadi beberapa kali sepanjang kehidupan bayi untuk membesar. contohnya, bila dia nk mula rolling over atau nak merangkak dsb. jadi time ni bayi akan buat perangai (more fussy). time ni baby akan sentiasa lapar dan menyusu lebih banyak daripada biasa chewahh.susu ibu akan menambahkan zat-zat yang penting untuk perkembangan otaknya semasa growth spurt. so, jgn berhenti untuk susukan bayi walaupun time dia buat perangai k....

Saya x tau la sekarang ni Ilham growth spurt ke x... tapi dia buat hal xnak tido... mata dah layu, tapi x menguap2, bila dinenenkan pun x lena...bila letak dalam buai pun bising menangis, bila diriba (dulu ni favourite dia) pun dia nak menangis. last2 dukung n tiarapkan dia. senyapla sekejap. saya urut2 belakang dia, and bagi dia minum gripe water (orang kata air ni blh relaxkan baby n hilangkan kembung) entahla... tapi dia ok la. dah 3 hari macam ni. tapi bila dia start tido...buatla ape pun (time mandikan pun terlelap), time petir menyambar smpai blackout rumah pun dia x sedar... straight 4-5hours dia tido sebelum kelaparan, then dia akan tido smpaila maybe 14hours dalam sehari... bakinya dia bangun n merengek...

nasibla dia tido malam. 3 minggu lepas, time dia tido siang!!! mmg naya saya kena pujuk dia macam2 bila malam. smpai dh lunyai nenen dia .... dah dia kenyang tapi masih nenenkan dia utk tenangkan dia...


aduhai Ilhamku sayang...membesarkah dengan baik ye sayang... bila ni nk pandai meniarap...ibu tungguuuuuuu....

Friday, June 17, 2011

Birthday papa

Hari ni 17hb birthday papa ke 53.. wah dh tua ayahku seorang ni...sambut sekali dgn Hari Bapa... thanks papa sbb jadi ayah yang paling baik untuk kaknor. I love u always...

Saya buat kek red velvet topping dengan cream cheese. ade jugak tambah buttercream dan fondant sikit untuk memeriahkan majlis atas muka kek tu hihi...


cream cheese tu sangatlaa best tapi saya gatal letak gula icing...sudahnya sangatlaa manis. lepas ni bila buat cream cheese lagi, tobat dah xnk letak gula icing. letak golden syrup dah cukup.sudahnya kek tu jadi manis banget...tapi bukan ke kek memang dijadikan untuk manis ke???


bila makan kek tu as a whole... rasa manis dia sangat memikat kalbu... yg peliknya cream cheese tu cair sikit lepas dkeluarkan dari peti. hmmm ni mesti sebab fresh cream tu. lepas ni bila buat lagi dh xnk letak fresh cream. biar dia kental sikit...

di tengah kek tu saya letak cream cheese dan strawberry jam. sedap gabungan dua tu..rasa manis creamy dan kemasaman jem strawberi. pasni nk cuba pakai marmalade pulak.

Wednesday, June 15, 2011

Birthday adikku..hamidi

Rupanya dah besar adik bujang saya sorang ni...hamidi. pemalu tapi sangatlaaa suka main game online. tapi lebih baik macam tu daripada petang - petang merempit merata-rata kan...

Sambutan yang sederhana je, tapi sangat bermakna buat saya sebab kali pertama buat kek birthday fondant untuknya,.. gambar katun-katun je la sebab masa suntuk so takde idea sangat... tapi takpe, kami semua dengan semangatnya makan kek tu sampai licin. alamak...x ambil pulak gambar potongan kek tu. takpe lain kali buat kek choc lagi...

mini cupcake happy birthday ni adik saya Acik yang buat. semangat betul dia walaupun ni kali pertama dia tulis atas kek tu... nak tolong saya katanya.yang penting habis licin.

nanti 17hb birthday my dad pulak... nanti nak buat kek red velvet lah. wait n see.....

Tuesday, June 7, 2011

my first cupcake (mini sebenornye)

dh lama menyepi, balik kg jap kat k.bharu... jalan2 cari kedai yg jual bahan2 mentah n peralatan buat cupcake or kek. last2 terjumpa...tp blom singgah lagi hehe...tgkla bila2 free.

akhirnya jadi jugak cupcake coklat versi mini yg nak sgt buat...dah sangatlaaa sedap... time panas ada crust keras sikit d luar cupcake tu tapi bila dh sejuk, sama lembut n moist mcm isi dalam dia...resipi saya ambil dari tuan punya blog kak Ita





dan resipi chocolate ganache pun saya ambil dari kak ita jugak. tapi frust sikit sbb serbuk coklat x larut betul. pasni nk buat pakai bar coklat pulak.

KEK COKLAT LEMBUT KUKUS CHEF ZUBAIDAH
Resepi : along@myresepi
Sumber : Mas

**100 gm serbuk koko
**1 tin susu cair
**200 gm minyak masak / minyak sayuran / butterdicairkan
**250 gm susu pekat
250 gm gula kastor -ita letak 200 gm aje
4 biji telur - pukul hingga berbuih
150 gm tepung gandum
1st soda bikarbonat
1 st baking powder

Campurkan kesemua bahan bertanda ** dan masak dengan api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak
Satukan dengan telur yang di pukul tadi dengan mixer. Gaulkan bahan2 kering  dan campurkan sedikit2 sehingga sebati.
Masukkan ke dalam tin yang di lapik dan minyakkan. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
Kek ini sesuai juga dibakar. Bakar selama 40 - 45 minit dengan suhu 170c.
Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dengan icing atau ganache.