ImageChef.com

Menerima tempahan kek dan cupcake sekitar Terengganu dan Kelantan

Sedia menerima tempahan kek dan cupcake untuk semua acara. Tempahan sekurang-kurangnya seminggu awal untuk tempahan yang sedikit dan sekurang-kurangnya sebulan untuk tempahan yang lebih banyak.

SILA KLIK PADA LABEL KEK DAN CUPCAKE UNTUK EASY ACCESS PADA KOLEKSI KEK DAN CUPCAKE

Hubungi saya di 019-4849653 atau waina_1307@yahoo.com untuk makluman lebih lanjut.

MAKLUMAN TERKINI

Sila add FB waina, Waina Ilhamku Cakehouse untuk lebih update yer. thanks
Kek, cupcake, cheesetart, tat telur, homemade chocolate. Msg saya, waina 019-4849653

Kongsi Resipi ye kawan-kawan

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

My schedule

Saturday, September 17, 2011

Sotong oriental

Bila beli sotong ni...terfikir nak masak ape ye.... nk rasa resipi2 baru sbb xnk masak merah ke, kicap ke, singgang ke, goreng tepung... xnakkkkkk

jadi saya tjumpa la... resipi baru sotong oriental.sedappppppp hihi...licin abis.

resipi asal xde kuah sgt... saya punya berkuah sbb terlebih pes tomyam jadi terover masam... jadi kena modified sndiri pulak.

saya ambil resipi dari dapur MaDiHaA.


Bahan2
500 gm sotong ~ bersihkan & potong kemudian dicelur sebentar & tos -
waina buat berkuah jadi sotong tu x dicelur dulu.
1 tangkai daun kari 
5 ulas bwg merah ~ hiris 
3 ulas bwh putih ~ cincang 
garam & gula secukup rasa 
1 biji cili hijau ~ hiris (MaDiHaA tambah) - waina x tambah

Bahan2 ini dicampur jadikan pes  - waina x jadikan pes pun, campak trus aje dlm kuali hihi
2 s/b pes tom yam 
2 s/k rempah kari ikan 
1 1/2 s/b sos tiram 
2 s/k sos ikan 
6 s/b air panas 

Cara Menyediakan 
1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, bawang merah, bwg putih dan tumis hingga kekuningan.
 
2. Campurkan bahan2 pes tadi dan gaul rata & biar lebih kurang 3 minit. 
3. Masukkan sotong dan cili hijau.. kacau rata. Masukkan garam (jika perlu) & gula & masak selama 5 minit. Sedia utk dihidangkan. - waina masukkan sotong, tutup kuali untuk biarkan sotong masak. bila dh masak, akan ada kuah sikit... then baru masuk gula n garam secukup rasa....




selamat mencubaaaaa

order 16 september 2011

repeat order dari ana.... choc moist cake untuk majlis pertunangannya.... tahniah


order 7 september 2011

1. order dari k.ayu smkkt untuk birthday anak dia dbawak ke sekolah... RM 40 untuk 50pcs choc moist cupcake

order 2 september 2011

1. 50pcs donut choco ball dari k.naa ptpl..thanks


order 28 ogos 2011

1. 50 pcs blueberry cheesetart order dari k.rafeah smkkt..thanks


2. order dari k.mah smkkt


Choc moist cake


RM60 eggtart


Friday, September 16, 2011

Jalan-jalan cari bakery (ep 1)

wah... dah ada rancangan realiti sendiri ahaks...
xde ape lah, cuma saya sangat sukakan desert terutamanya kek. saya suka kek yang sedap. jadi saya hanya buat kek yang sedap2 saja untuk saya dan customer. jadi, bila saya keluar jalan2, saya teringin nak rasa kek bila lalu di bakery2 yg ada. wah...jawabnye makin gemuk la waina nanti hihi...

tujuan rancangan ni xbermaksud nak mengkondem atau menjatuhkan siapa2, jadi bila kek yg saya makan tu sedap, saya akan sebut nama bakery itu, kalau x sedap, saya xkn sebut... tapi apa jadi kalau ada yang sedap, ada yg x? nanti sy fikirkan...

hari ni saya lalu d kedai bakery ni.... saya jalan2 tgk dlm kedai, tgk dlm peti...hmmm semua sponge kek dan butter kek...ok takpe...biase la tu... then sy pegi display dia, tgk ada dua potong kek yg menjadi pilihan untuk episod kali ini....


nampak sedap kan?kan? tapi xde nama diletakkan... cuba teka kek apakah pada gambar itu? jeng2.....

kesimpulannya.... sangat kecewa....

sebelah kiri kek coklat yang x moist... yg best cuma choc chip dia....makan semulut xmau lagi....

sebelah kanan mati2 saya ingt cheesecake. rupanya tipah tertipuuuuuuu.... itu kek span dua lapis yang sangat keras, dan jem di atasnya sangat kering (seolah2 dah dua tiga hari dah)


siyes x tipu...nk cuba blh g sana... tempat... dirahsiakan hihi....jadi RM5 rasa terbang begitu saja x berbaloi....

kita jumpa d episod yg lain.... tadaaaaaaa....

Thursday, September 8, 2011

Aidilfitri kedua tanpa dia...

Salam Aidilfitri untuk rakan-rakan semua... wah, dah hari raya ke-9 baru nak ucap selamat... nk buat mcm mana, seminggu sebelum raya sibuk sgt buat order kawan2..nasib baik semuanya siap dengan jayanya... thanks kawan2 sbb support bisnes Ilhamku Cakehouse...

Aidilfitri ni kali kedua saya beraya tanpa dia. Tapi kali kedua jugak beraya dengan Ilham... cuma tahun lepas, dia baru sebulan dlm kandungan...dan sekarang dia dah 5 bulan di dunia hihi...
Aidilfitri 2010

Aidilfitri tahun lepas jika dikenang2 balik, mmg sangat menyedihkan. Saya balik kampung sorang2, semua bertanyakan ke mana dia pergi. Waktu itu, malu, kecewa, sedih semuanya ada. Lagipun saya baru mengandungkan Ilham, bertambah2 la kekecewaan emosi yang melanda.

Namun, Aidilfitri kali ini saya lebih tabah dan kuat. Semuanya kerana adanya Ilham, anak kesayangan ibu. Saya dah lali dengan pertanyaan sanak-saudara. Dan kali ini, saya ada jawapan yang lebih pasti, kami sudah berpisah.... Ini semua telah menjawab semua persoalan yang ada di fikiran saudara2ku...
Aidilfitri 2011

Apa jua yang berlaku dalam hidupku, semuanya telah tertulis dalam takdir yang telah ditentukan Allah Maha Esa... kita hanya mampu berdoa dan berusaha menjadikannya yang terbaik.

Salam Aidilfitri untuk semua