ImageChef.com

Menerima tempahan kek dan cupcake sekitar Terengganu dan Kelantan

Sedia menerima tempahan kek dan cupcake untuk semua acara. Tempahan sekurang-kurangnya seminggu awal untuk tempahan yang sedikit dan sekurang-kurangnya sebulan untuk tempahan yang lebih banyak.

SILA KLIK PADA LABEL KEK DAN CUPCAKE UNTUK EASY ACCESS PADA KOLEKSI KEK DAN CUPCAKE

Hubungi saya di 019-4849653 atau waina_1307@yahoo.com untuk makluman lebih lanjut.

MAKLUMAN TERKINI

Sila add FB waina, Waina Ilhamku Cakehouse untuk lebih update yer. thanks
Kek, cupcake, cheesetart, tat telur, homemade chocolate. Msg saya, waina 019-4849653

Kongsi Resipi ye kawan-kawan

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

My schedule

Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Monday, April 16, 2012

Puding karamel

Wallah~~~~ puding karamel yang best... thanks to Alia my resipi yang dah bagi resipi mudah dan best.  sebelum saya lupe resipi baik sy copy paste sini hihi.... gambar x smpat ambik, sbb dah abis di ngapppp~~~


  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara-cara

  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

Wednesday, March 14, 2012

Daging singgang

dah lama x upload masakan kat blog ni... yelah, masak2 pastu trus ngap... hihi... bile nk amik pict dh x lawa...

ape lagi, jom layan resipi hari ni

singgang adalah makanan popular di negeri Terengganu. selalunya orang buat singgang ikan... hari ni kita rasa singgang lain pulak ye...

SINGGANG DAGING - untuk 4,5 orang



daging 1/2 kilo

Bahan A : hiriskan
bawang merah 6 ulas
bawang putih 6 ulas
halia seinci
lengkuas 3 inci
5 btg cili besar (cili yang nak dibuat solok lada) - kalau xde pun xpe

3 sudu besar biji ketumbar (dibasuh, digoreng dan ditumbuk hancur)

3keping asam keping

air, gula dan garam secukupnya


Cara-cara:

1. daging dipotong nipis2 dan tambahkan air secukupnya (rebuskan dulu daging tu kalau daging liat)

2. masukkan semua bahan sekaligus kecuali garam dan gula

3. biarkan hingga daging masak dan empuk

4. tambahkan garam dan gula secukup rasa...

nahh.... senangkan? inilah resipi yang sy buat kalau malas nk masak... hihi resipi ni sy panggil resipi campak2,..

selamat mencuba!!!

Monday, January 23, 2012

Chocolate mousse tiramisu

waaaahhhhhhh dah tersangat lama x jenguk blog ni... hukhuk berdosa lak rasa... hihi... okeh, kita layan resipi tiramisu yang sy ambik dari kak nor di secubit garam.

khas untuk kawan @ jiran yg suke sgt sy wat kek



1st time wat mmg buruk ah hihihi... tapi mmg sedap. resipi original dah sy modified sikit sbb resipi asal xde mousse coklat. tapi mmg best ah mousse tu... jom layan resipi

Bahan - bahan :

1.coklat mousse resipi diambil dari kek indulgence k.intan @ masam-manis

FILLING : MOUSSE COKLAT HITAM
200GM CHOCOLATE MASAKAN HITAM
2 KUNING TELUR (DI PUKUL DAHULU)
2 PUTIH TELUR (DI PUTAR HINGGA KEMBANG)
60GM GULA KASTOR
1/2 TBSP MENTEGA
250ML ANCHOR WHIPPING CREAM (TAWAR) - DI PUKUL HINGGA PEKAT
1 1/2 TBSP GELATIN
50ML AIR

MOUSSE COKLAT HITAM
1. RENDAM GELATIN DGN AIR SEHINGGA KEMBANG. CAIRKAN SECARA DOUBLE BOILER HINGGA GELATIN LARUT. KETEPIKAN
2. CAIRKAN COKLAT MASAKAN SECARA DOUBLE BOILER, MASUKKAN KUNING TELUR KE DALAM ADUNAN COKLAT CAIR DIIKUTI MENTEGA DAN GELATIN CAIR, GAUL HINGGA SEBATI. ANGKAT.
3. DI DALAM MANGKUK LAIN, PUTAR PUTIH TELUR DAN GULA HINGGA KEMBANG, KAUP BALIK KE DALAM ADUNAN COKLAT YANG MASIH PANAS KEMUDIAN MASUKKAN WHIPPING CREAM YANG DIPUTAR, GAUL HINGGA RATA.
*** SIMPAN DLM PETI SEJUK 1 JAM


2. Tiramisu

1 peket biskut lady finger @ biskut tiramisu
250g cream cheese
200ml whipping cream
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara
Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
Satukan gula, cheese dan cream.
Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu.
Celup biskut ke dalam air nescaffe sehingga basah@lembut.
Susun biskut tadi ke dalam mangkuk@bekas.
Sapukan mousse coklat di atas biskut
Sapukan adunan cream+cheese tadi atas mousse tadi.
Susun lagi biskut yang selebihnya sapukan mousse coklat n baki cream cheese td.
Taburkan serbuk koko di atas cheese
Kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar.
Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya

Jadi...selamat mencuba!!!

Saturday, December 10, 2011

Ayam goreng crunchy

Inspirasi resipi ini adalah daripada Nigella..saya tgk dalam laman web Food Network. sambil2 tu ape lagi, modified la hihihi...
sebenarnya, saya cukup suka buat ayam goreng salut tepung. tapi dh bosan beli tepung segera yang kejap rasa mcm best, dan ade jugak yg x best. jom buat sendiri pun x kurang sedapnya....

resipi ni, saya reka2 aje, kira campak2 aje rempah2 yg ada...




Bahan-bahannya (untuk 6-7 orang makan):

Ayam secukupnya
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar serbuk lada putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk lada
1 sudu besar serbuk perasa ayam
2 cawan susu segar (boleh digantikan dengan air biasa)
2 biji telur
garam secukup rasa (lebih kurang 1 sudu besar jugak)

Cara - caranya :

1. Campurkan ayam dengan susu dan letakkan dalam bekas atau plastik bertutup. Simpan dalam peti sejuk sekurang2nya dua jam
2. Rebus ayam bersama2 susu hingga ayam masak (guna api sederhana)
3. Campurkan semua bahan2 kering dalam satu bekas, dan telur dalam satu bekas lagi.
4. Panaskan minyak.
5. Bila ayam sudah masak, toskan hingga agak kering.
6. Salutkan ayam dengan tepung dahulu.... kemudian baru salutkan dengan telur, dan sekali lagi salutkan dengan tepung. baru digoreng hingga keemasan.Ayam ni dah masak masa direbus tadi, jadix yah risau kalau goreng hanya sekejap.

Monday, November 7, 2011

Teknik2...Baked cheesecake yang paling menjadi, paling padat dan paling sedap

Assalamualaikum.... hihi...sangat gembira la...la... hari ni... sebab ape, hari ni hari cheesecake waina (mengikut citarasa dan kehendak saye) menjadik selepas cubaan demi cubaan..pelbagai resipi dan teknik saye dh buat... guna waterbath, xguna waterbath, non-baked, guna gelatin. buat meringue, lembik di dalam keras di luar, guna biskut sbg base, guna kek span sbg base... mcm2 lagi... smpai dah hampir putus asa dan trauma dibuatnya...

Alhamdulillah... kini selepas mendapat banyak pengajaran, saya berjaya membuat cheesecake yang saya inginkannnnnn!!!!



Ini cheesecake yang x touch up ape2 ye... xsempat nk pindah ke pinggan elok, dah licin.... kalau cheesecake dulu2, seminggu ade duduk diam dlm peti x disentuh sape2... maklumlaaaa x sedap hahaha.... 

Resipi ni ringkas dan mudah. Boleh refer pada resipi baked cheesecake yang sebelumnya. Cuma yang hari tu xbrape jadi lagi... sbb masa memasak ikut pada resipi tu la... sebenarnya masa memasak ikut oven masing2... saya punya oven lambat masak...saye x brani nak tinggikan suhu risau x jadi lagi...

Timing :

Sejam sepuluh minit pasang api bawah...

Kalau lembut lg di tengah, saya tambah sepuluh minit lagi api atas bawah... 


Dh ramai org bgtau, kalau kek tu lembut di tengah, xpe...nanti dia keras.... saya percaya laaaaaa....
TAPI
Kali ni saya x pecaya... saya masak smpai semuanya jadi masak semuanya.... saya keluarkan dari oven, sejukkan di luar dan bila betul2 sejuk baru masukkan ke peti sejuk...esoknya baru dimakan.... hihi...

DAN

Alhamdulillah, kek saya TAK PECAH seperti yang ditakuti org lain... hihi 

TIPS semasa mengadun:

1. Pastikan 350g creamcheese betul2 di suhu bilik... dan bila putar tu, pastikan cream cheese cair dan kembang...jgn ade ketul2

2. masuk gula sikit2...kali ni saya letak 3/4 cawan aje...

3. masuk 3 biji telur sebiji2 dan jangan lupa kaup di tepi2 supaya semuanya bercampur sempurna...kalau boleh setiap kali mengadun, mesti kaup yang di tepi2.... 

4. Dan kali ni saya masukkan 1/4 cawan tepung yang saya ayak sebelum dimasukkan ke dlm adunan selepas saya masukkan telur... bukan ape, nak bagi kek tu kental sikit hihihi.... 

Dan....hasilnya.... berdebar2 tau... JADIKKKKK....

Saturday, October 29, 2011

Baked cheesecake

Adui..... entah kenapa waina xde jodoh sgt dgn cheesecake ni... entah d mana silapnya... dh 4 atau 5 kali dh cuba buat cheesecake tapi blom jadi2... skrg Alhamdulillah, dh jadi.... hihihi.... senang dan sedap. tu prinsip waina kalau memasak dan baking. d sini, waina kongsikan resipi yg saye ambil dari Paula Deen, yg jadi host Paula`s Home Cooking di Astro 706 Life Inspired ye...


Maafla ye, bentuk x cantik sikit, sbb saye letak aluminium foil d dlm bekasnya, patutnye letak aje baking paper lagi cantik bentuk tepi tu...

Bahan - bahan (loyang 8 inci x brape tinggi, kalau nk tinggi, guna loyang 6 inci)

Base :

1 cawan Graham`s Cracker crumbs ~~~ waina buat 1 cawan oreo yang dibuang isi dan dhancurkan.
1/4 cawan gula pasir
7 sudu besar mentega yg dcairkan

p/s : kalau nak senang, base dia pakai kek span pun ok.

Filling :

350g cream cheese (mesti suhu bilik)
1 cawan gula pasir (blh kurangkan kalau xnk manis sgt)
1/2 sudu kecil esen vanilla
3 biji telur

Topping : blh buat pelbagai, nak letak chocolate ganache ke, powdered sugar ke, atau mcm waina buat, letak strawberry fruit filling aje....

Cara penyediaannya:
Base :
1. Hancurkan biskut dan masukkan ke dalam butter yg dcairkan dan gula. kacau sebati.
2. Padat - padatkan dalam loyang dan bakar 8 minit dlm oven
3. Keluarkan base dan biarkan ia menyejuk d luar.

Filling :
1. Putar cream cheese (lowest speed), masukkan gula sedikit demi sedikit dan putar sebati. Pastikan cream cheese tidak berketul2
2. Masukkan esen vanila dan putar sebati.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sebati
4. Tuangkan atas base tadi
5. Letakkan loyang kek d dalam loyang yg lebih besar. isikan loyang besar dengan air panas sehingga separuh penuh.
6. Bakar pada suhu 170 selama 45 minit atau sehingga masak.
7. Selepas masak, keluarkan dari oven dan biarkan menyejuk d suhu bilik, seterusnya masukkan ke dalam peti dan biarkan semalaman. Esoknya baru keluarkan dari peti...
8. Letakkan topping kesukaan di atas kek...bolehlah dihidangkan.

p/s : kek ni, lembap dan padat ye, bukannya light cheesecake... tapi saya suka yg ini drpd yang light....

selamat mencuba

Mee goreng udang

Sebenarnya resipi ni, dreka sendiri... xtau nak bg nama apa... saye tarukla mee goreng udang hihihi... tapi sedapppppp....  jom layan resipi dulu ye


Bahan-bahannya :

1 peket mee
5 ulas bawang putih
seinci halia
3 sudu udang kering
udang, fish ball dan ayam ~~~~ suka ati la ye nk letak banyak mana
3 - 4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap soya cair
gula secukup rasa.

** waina x letak garam sbb sos tiram dan sos soya dh cukup masin

Cara penyediaan :

1. Mee direndam sebentar untuk melembutkannya
2. Tumbuk udang kering, bawang putih dan halia
3. Tumiskan udang kering, bawang putih dan halia smpai naik bau
4. Masukkan sos tiram dan sos soya cair. Kacau sebentar
5. Masukkan udang, fishball dan ayam. Kacau dan biarkan smpai masak. Semasa dibiarkan, perlahankan api dan tutup.
6. Masukkan gula.
7. Masukkan mee, kacau sebentar dan bolehlah diangkat.

p/s : daging atas mee tu itik salai segera.... hihihi... jgn tanya resipi sbb beli yg dh masak

Selamat mencuba.....

Saturday, September 17, 2011

Sotong oriental

Bila beli sotong ni...terfikir nak masak ape ye.... nk rasa resipi2 baru sbb xnk masak merah ke, kicap ke, singgang ke, goreng tepung... xnakkkkkk

jadi saya tjumpa la... resipi baru sotong oriental.sedappppppp hihi...licin abis.

resipi asal xde kuah sgt... saya punya berkuah sbb terlebih pes tomyam jadi terover masam... jadi kena modified sndiri pulak.

saya ambil resipi dari dapur MaDiHaA.


Bahan2
500 gm sotong ~ bersihkan & potong kemudian dicelur sebentar & tos -
waina buat berkuah jadi sotong tu x dicelur dulu.
1 tangkai daun kari 
5 ulas bwg merah ~ hiris 
3 ulas bwh putih ~ cincang 
garam & gula secukup rasa 
1 biji cili hijau ~ hiris (MaDiHaA tambah) - waina x tambah

Bahan2 ini dicampur jadikan pes  - waina x jadikan pes pun, campak trus aje dlm kuali hihi
2 s/b pes tom yam 
2 s/k rempah kari ikan 
1 1/2 s/b sos tiram 
2 s/k sos ikan 
6 s/b air panas 

Cara Menyediakan 
1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, bawang merah, bwg putih dan tumis hingga kekuningan.
 
2. Campurkan bahan2 pes tadi dan gaul rata & biar lebih kurang 3 minit. 
3. Masukkan sotong dan cili hijau.. kacau rata. Masukkan garam (jika perlu) & gula & masak selama 5 minit. Sedia utk dihidangkan. - waina masukkan sotong, tutup kuali untuk biarkan sotong masak. bila dh masak, akan ada kuah sikit... then baru masuk gula n garam secukup rasa....




selamat mencubaaaaa

Monday, August 15, 2011

Ikan masak asam ala nyonya...

Bila 1st time tgk resipi ni dari blog k.ita, rasa trus nak buat... tapi apa rasanya ikan masak asam ni? Kuahnya cuma asam jawa... sedap ke x, silalah kawan2 mencuba....saya dh cuba...dh licin pun... hihi


Bahan-bahannya : 

4 ekor ikan selar atau ikan kembung
Daun bawang
Garam
Gula
Asam jawa
Air secukup kegunaan
Minyak
Perencah pati ayam / Kiub pati ayam - Tak bubuh pun tak apa


Bahan A ( Di goreng garing )
12 ulas bawang merah _ d hiris
12 ulas bawang putih _ d hiris

Bahan B
5 - 8 biji cili padi
3 batang serai - di titik
2 biji cili merah - di potong menyerong


Lumurkan ikan bersama garam dan asam jawa. Goreng  dalam minyak yang banyak dan panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Tumiskan bahan B sehingga wangi.
Kemudian masukkan air asam jawa, sedikit air, perencah pati ayam / kiub pati ayam, gula dan garam secukup rasa.
Setelah mendidih bolehlah di masukkan ikan goreng dan renih selama 5 minit di atas api kecil.
Masukkan 1/2 bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng. Gaul rata dan tutupkan api.
Semasa menghidang taburkan 1/2 lagi bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng di atas ikan. Taburkan daun bawang juga.

Air asam ikan bakar

Air asam ni lah yang paling best yg pernah saya makan...(dan buat sebenarnya) sblum ni x pernah jadi sesedap ni hihi.... tapi x smpat nk snap pict baru buat sbb sibuk nak makan... nasib baik ada lagi tertinggal lepas berbuka..


Resipi ini diambil dari BeeRibs dari MyR, dan saya ambil dari k.Yati .Thanks...

Bahan-bahannya :

Seulas bawang besar merah @ 5 ulas bawang merah kecik.
Sebiji tomato
Seinci belacan (mesti bakar ye... tapi jangan smpai rentung)
10-20 cili padi (bergantung pada kepedasan)
1/2 cawan air asam jawa (waina buat 2 sudu kecil pes asam jawa + 1/2 cawan air masak)
2 sudu besar kerisik
gula dan garam secukup rasa

Cara-caranya :
1. Bawang merah dan tomato dipotong dadu
2. Belacan dibakar
3. Tumbuk belacan dan cili padi hingga hancur
4. Satukan semua bahan, gaul rata dan tambahkan garam dan gula.


Selamat mencuba

Friday, August 12, 2011

Rendang hitam daging

Alahai sedapnye resipi ni... bahan2 pun mudah dan cara membuatnya pun ringkas. Blh juga dicuba pakai ayam. Nanti sabtu ni nak masak sekali lagi tapi pakai ayam pulak.


Resipi ni saya ambil dari kak Ziela@ dapur mamasya yang diambil dari kak Ratna.

Bahan-bahan (untuk 3 orang makan) :

Bahan untuk menumis:
3 ulas bawang merah kecil
1 kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 bunga lawang atau 3 bunga cengkih


Daging secukupnya utk 3 org makan
Seulas bawang besar
3 ulas bawang putih
Seinci halia
10 tangkai cili kering
2 cili padi (blh kurang atau tambah ikut kepedasan yang dikehendaki)

4 sudu besar kicap manis
2 batang serai diketuk
1 sudu besar cuka
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak :
1. Blend bawang besar,bawang putih, cili kering, halia, cili padi (tambah sedikit air untuk mudahkan blend)
2. Tumiskan bahan2 tumisan hingga naik bau
3. Masukkan bahan2 blend dan tumis hingga cili dan bawang masak.
4. Masukkan daging, serai, air dan kicap
5. Biarkan hingga daging empuk
6. Masukkan cuka, gula dan garam secukup rasa
7. Biarkan kuah pekat sedikit dan bolehlah dihidangkan.

Tips : pada resipi kak ziela dia tambahkan kerisik, saya xde stok so sy x tambah. tapi saya rasa bila tambah kerisik, lagi kaw222 rasa rendang...

Selamat mencuba


Friday, August 5, 2011

Dadih coklat

Sedapnya dadih homemade ni... actually ni kali kedua saya try, kali pertama dulu xjadi sbb x keras2 hihi....jadi air coklat aje

Kali ni saya modified resipi sikit... so jadilah... nyum2222

Dadih coklat


Bahan-bahannya (saya cuma buat separuh aje, dh cukup utk 8 org makan):

sepeket agar serbuk (11g) - saya pakai agar2 tali. kalau peket kecil (11g), ambil 1/3 daripada peket tu
1 liter air
1 1/4 cawan gula
2 liter susu coklat (mana2 perisa)
1 sudu teh garam
1 sudu besar tepung jagung + 2 sudu besar air
1 sudu besar coklat emulco

Cara-caranya :
1. Masakkan agar2 bersama air hingga mendidih. Pastikan agar2 tu betul2 dh mencair, jgn ada yg terlekat di dasar periuk.
2. Masukkan gula, garam dan tepung jagung dan masak hingga mendidih
3. Masukkan susu coklat dan coklat emulco. Jika nampak tanda hendak mendidih, tutup api.
4. Biarkan suam, dan tapiskan ke dalam bekas
5. Sejukkan.

6. Kalau xde susu coklat, blh juga guna susu perisa lain ataupun susu segar+perisa dan pewarna yang anda inginkan.

1st trial saya pakai guna agar2 serbuk, xjadi sbb saya x perasan yg agar2 tu x hancur walaupun mendidih. So, saya tukar pakai agar2 tali... jadi pulak.... so bergantung pada kemahuan anda k.

Selamat mencuba

Gulai asam tempoyak ikan patin

Gulai ni memang menjadi idaman saya nk buat sejak dulu lagi...cuma x kesampaian sbb xde tempoyak :P almaklumlah, kami adik beradik x makan durian... tapi lepas saya beli ikan patin 3 ekor, mintak tempoyak sikit dari jiran... maka terjadilah gulai tempoyak ni... xsabarnya nak berbuka.

Resipi ni main campak2 dan agak2...so kawan2 pun join campak2 dan agak2 mcm saya la ye <3


Bahan-bahannya :

2 ekor ikan patin sedang

Bahan diblend @ ditumbuk:
seinci lengkuas
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
10 cili hidup

Bahan dicampak2:
Daun kesum
4 keping asam keping sedang
Bunga kantan
Tempoyak 2 sudu besar (dibancuh bersama sedikit air)
Garam sesedap rasa
Gula secukupnya

Cara-caranya :
1. Masukkan bahan blend@tumbuk ke dalam periuk. Selepas mendidih, masukkan air untuk kuah
2. Masukkan bahan2 campak tadi dan tambahkan ikan.
3. Reneh ikan sehingga masak

Tips :
Jangan kacau sangat kuah lepas letak ikan patin sbb ikan tu sangat lembut dan blh menghancurkan isi ikan.
Renehkan ikan (guna api kecil) dalam setengah jam atau hingga lemak2 ikan bercampur dengan kuah... sangat sedap. Mana2 sup pun makin lama reneh, makin sedap....

Tuesday, August 2, 2011

Bubur jagung

Salam Ramadhan buat kawan2 semua... sebelum puasa lg dh fikir desert apa yg nak dimasak... jadi hari 1st puasa ni saya buat bubur jagung...sbb dh lama x makan. Jagung fresh saya cari di Kuala Berang... tapi sekarang bukan musim jagung so x banyak pilihan... ade jugak yg ada ulat.... isk. ku buang jauh2

Bubur Jagung

Bahan-bahannya (untuk seperiuk sedang @ 10org makan)

6 tongkol jagung sedang
Semangkuk kecil santan pekat (sebungkus RM2 saya beli)
Dua helai pandan
Gula 1 1/2 senduk nasi
Sagu secukup rasa
Secubit garam

Cara-cara:
1. Hiriskan biji jagung
2. Masukkan air secukupnya (dalam anggaran 5-6 cawan) untuk menenggelamkan jagung dan rebus jagung untuk melembutkannya.
3. Masukkan santan pekat, pandan, gula dan garam
4. Agak2 nak masak tu, masukkan sagu. sagu lama sikit nak serap air... so jgn risau bila sagu lambat kembang. lama2 dia kembang elok selepas tutup api.

Saturday, July 23, 2011

Kuih tepung pelita

Saya sangatlah suka kuih ni... memang meleleh air liur bila mak belikan... Resipi ni ok, cuma rasanya biasa2 je, perlu ada penambahan sikit chewah macamla saya pengkritik tetap pulak

Tapi berbaloi jugak masak kuih ni. sedap. saya xde daun pisang utk letak...so pakai bekas puding aje. bedal sajalah labu....


Bahan-bahannya (untuk 10 orang makan): resipi dari yani @myresipi

Bahan A :

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
4 cawan air
4 helai daun pandan (jadikan 1 cawan air daun pandan)
1 sudu kecil air kapur

Bahan B :
4 sudu tepung beras (rata)
4 cawan santan dari 1 biji kelapa
secubit garam

Cara - cara :

1. 4 helai daun pandan dimesin dan airnya diambil (1 cawan)
2. Satukan bahan A dan sebatikan.
3. Satukan bahan B dan sebatikan
4. Masak bahan A dan kacau sehingga pekat dan berkilat
5. Tuangkan ke dalam acuan.
6. Masak bahan B sehingga masak dan pekat.
7. Angkat santan dan curah ke atas acuan tadi.
8. Sejukkan dalam peti ais.

Bagi saya yang ada lidah org kelantan ni... or siapa2 yg biasa makan tepung pelita yang ada kuah manis tu... caranya, sediakan air gula ikut kemanisan yang disukai (just tambah gula dalam air panas), kemudian selepas tuangkan bahan A ke dalam acuan, letakkan air gula ke atasnya sesedap rasa dan hati anda nak banyak mana... then baru letak bahan B.

Selamat mencuba....

Wednesday, July 20, 2011

Pancake with chocolate sauce.

Akhirnya selepas banyak minggu tertangguh nak buat pancake,... dapat jugakla saya buat. saya ambil resipi ni dari (sorry terlupa nk tulis blog mana) harap dimaafkan :P


Bahan-bahannya :

1 1/4 cawan tepung,
2 sudu makan gula biasa,
2 sudu kecil baking powder,
3/4 sudu kecil garam,
1 1/3 cawan susu segar,
3 sudu makan minyak sayur, (saya time tu takde minyak sayur or jagung, so saya bedal jugakla minyak masak)
2 biji telur.

Cara-cara memasaknya :




1. campur semua bahan kering dalam satu bekas dan ketepikan

2. campurkan telur, susu, minyak dalam bekas lain.

3. campurkan kedua2 bahan.

4. biarkan dalam bekas tertutup selama 10-15 min

5. masak pada non-stick pan hingga keperangan. kalau xde non-stick, blh masak pd kuali biasa tapi tmbah sikit minyak dlm kual.

****
sedap kalau dicicah dengan susu pekat manis jugak. saya buat sos coklat.


resipi untuk sos coklat...susu cair dan coklat masakan (jangan yg pahit ye, nanti sos pahit jugak - kalau ada coklat chip pun blh pakai buat ganti coklat masakan)
panaskan susu cair... dan tuangkan ke atas coklat sikit2 smbil kacau hinggalah dapat kepekatan yang diingini. kalau x habis blh simpan dlm fridge. sos ni xkan mengeras...

Sunday, July 10, 2011

Chocolate brownies with topping

Asyik2 coklat... tapi coklatlah best kan... kali ni resipi brownies mudah dan sedap. Saya ambil dari Kak Yati yang diambil dari asal usulnya ialah Allrecipe. Silakan mencuba...

Resipi dia saya translate dalam BM k... kalau nak english version, blh trus g blog kak yati.


Bahan - bahan  (4-5 orang makan):
1/2 cawan mentega
1/2 cawan gula
1/4 cawan gula perang
2 telur (saya guna gred A punye)
1 sudu kecil esen vanilla
1/3 cawan serbuk koko (tidak manis)
1/2 cawan tepung serbaguna (saya pakai tepung biasa je)
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil baking powder

Bahan - bahan untuk frosting dia :

3 sudu besar mentega
3 sudu besar serbuk koko (tidak manis)
1 sudu besar madu (saya takde madu so saya pakai golden syrup)
1 sudu kecil esen vanila (saya letak setengah sudu je sbb adunan sikit)
1 cawan gula ising (saya letak separuh cawan je...xnak manis sangat)

Cara-cara :
1. Panaskan oven kepada 175C
2. Griskan loyang dengan mentega dan tabur tepung (saya lapik dengan baking paper je lagi senang)
3. Dalam saucepan yang besar, cairkan mentega. Tutup api dan campur telur, gula dan esen vanila dan kacau.
4. Campuran tadi disatukan dengan tepung, serbuk koko, garam dan baking powder dan diputar hingga sebati.
5. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 25-30 minit. Jangan terlebih masak, nanti hangit.
6. Sediakan frosting : Satukan semua bahan dan letak atas brownies semasa agak panas.(saya tambah semua bahan dan putarkan, lepas tu letak atas brownies. Ingat ye, letak time brownies tu masih agak panas sbb frosting tu akan cair, dan nampak sangat cantik)


Time ni saya xde ising sugar, so saya bedallah gula kastor...jadi jugak rupanya. Saya letak 1/2 cawan gula kastor dan 3 sudu besar golden syrup... suka2 hati je ubah resipi. nasib baik jadi.

Brownies ni makan time bila ye? time suam ke time sejuk? saya mmg x pernah makan brownies walaupun d secret recipe. tapi saya letak je dalam peti sejuk. Brownies ni bila dia menyejuk pada suhu bilik, isi2 dia mulai mampat dan nampak mcm brownies la... bila dia panas, nmpk mcm kek coklat pun ada.

Selamat mencuba.

Saturday, July 9, 2011

Custard Tea Cupcake

saya tgk nama cupcake ni sangat menarik. sy tgk di skybluemelleymey.blogspot. Maka, mencubalah saya membuatnya... adunan ni saya dapat dalam 6 biji cupcake je... betul ke saya buat ni? Hehe...

Kawan - kawan...sila mencubanya ye... rasanya sedap, (cuma inti kastard dia terpahit sikit sbb tertumpah esen vanilla)..isk2 malu...makan panas2 mmg best sbb inti dia lembut... lepas sy masukkan dlm peti sejuk, inti dia keras sikit je...tapi rasa masih sama. Lain kali nak cuba lagi :)

:: Sumber ~ Akak Ida @ 1001 resepi ( TQ )
:: Salin dari Dapur ~ Ika @ Arah ( TQ )
:: Olahan Diana (tuan punya skybluemelleymey.blogspot)  Dalam Tulisan Merah

Bhn²
125g / 1/2 cawan butter ( Versi Diana pula _ d cairkan )
1/3 cawan gula castor
1 biji telur
3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung kastard
1/2 tsp pewarna perang ( Nie Diana tambah yer )

Bhn² Kastard ( Diana buat 1 1/2 adunan )
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula kastor
2/3 cawan susu
15g butter
2 sudu teh vanilla
 
Cara² Untuk Kastard
  1. Larutkan tepung kastard dan gula ke dalam susu.. panaskan hingga mendidih dan pekat.
  2. Masukkan butter dan vanilla.
  3. Sejukkan.

Versi Diana Pula ( Menggunakan Cawan Kertas )


Cara² Untuk Kek
  1. Pukul telur bersama gula sehingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan tepung naik sendiri dan tepung kastard.. Gaul rata.
  3. Kemudian masukkan mentega yang telah d cairkan dan pukul sebati.
  4. Bubuh pewarna perang dan gaul rata.
  5. Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam cawan kertas dan tuangkan sedikit adunan kastard dan bubuh lagi adunan kek sehingga 3/4 penuh.
  6. Bakar selama 15 - 20 minit atau sehingga masak ( bergantung pada saiz cawan kertas yang d gunakan ) d dalam oven yang telah d panaskan pada suhu 180°C. 
 saya pakai cara ini untuk buat cupcake ni. cuma saya xde tepung naik sendiri, so saya ganti dgn tepung biasa dan tambahkan 1 sudu baking powder (nak tambah banyak2 x berani)... so cupcake saya x naik sgt macam org lain punye isk isk....


saya letak chocolate ganache atas cupcake untuk cover tengah dia yang agak lembut sbb ada inti dalam tu. 

Sunday, July 3, 2011

Puding Kastad tanpa telur

Selalunya puding karamel mesti ada telur, tapi hari ni saya nak cuba resipi baru yang saya ambil dari nurniezza.blogspot. tapi biasalah, mesti ada je yg termodofied... takpe asalkan sedap.


siapa2 yang berminat, blhla copy dan buat ye...

Bahan A : Gula dua senduk (saya guna senduk nasi)

Bahan B:
7g @ 1 peket serbuk agar2... (time tu sy xde serbuk agar2 so saya guna separuh agar2 kering (15g))
4 cawan air
2 1/2 senduk gula (saya guna 2 senduk aje, xnak manis2 sangat...ni pun rasa kena kurangkan lagi)

Bahan C :
Susu cair 1 tin
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-caranya :
1. Campurkan bahan-bahan C hingga sebati

2. Cairkan gula dlm periuk dan bila dah agak hangus tu, boleh tambahkan air (ikut suka nak cair mana)>> saya tambah dalam setengah cawan air

3. Dalam periuk lain, didihkan bahan B kemudian kecilkan api dan tambah bahan C.Kacau rata beberapa minit hingga pekat sikit.

4. Tuang bahan B ke dalam bekas yang dah diisi dengan gula hangus tadi. Sejukkan dalam peti sejuk. Biarkan smpai keras. Makan sejuk2 best....

Selamat mencuba

Tuesday, June 28, 2011

Oreo cheesecake

oreo dalam cheesecake ni agak besar (big chunks)...saja sbb nak kunyah biskut. tapi blh hancurkan lagi untuk lebih cantik. rujuk pada senarai harga untuk tempahan.


Untuk kawan-kawan yang nak resipi cheesecake, blh ke page Baked cheesecake ye....