ImageChef.com

Menerima tempahan kek dan cupcake sekitar Terengganu dan Kelantan

Sedia menerima tempahan kek dan cupcake untuk semua acara. Tempahan sekurang-kurangnya seminggu awal untuk tempahan yang sedikit dan sekurang-kurangnya sebulan untuk tempahan yang lebih banyak.

SILA KLIK PADA LABEL KEK DAN CUPCAKE UNTUK EASY ACCESS PADA KOLEKSI KEK DAN CUPCAKE

Hubungi saya di 019-4849653 atau waina_1307@yahoo.com untuk makluman lebih lanjut.

MAKLUMAN TERKINI

Sila add FB waina, Waina Ilhamku Cakehouse untuk lebih update yer. thanks
Kek, cupcake, cheesetart, tat telur, homemade chocolate. Msg saya, waina 019-4849653

Kongsi Resipi ye kawan-kawan

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

My schedule

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Saturday, November 19, 2011

Tahniah buat adikku UPSR 5A

Tahniah untuk adikku Siti Hajar Maisarah sbb dapat 5A. Bila mengenangkan betapa letihnya sy dan kakak2nye yg lain mengajar dia dari awal tahun... berbaloi jugak akhirnya... thanks jugak pada cikgu2 dia yg sangat rajin bagi soalan pd dia smpai dia dh hafal jawapan semua... hihi... 

actually, saya pun ade terfikir, kenapa pelajar yg OK sms UPSR bila naik sekolah menengah, ada yg maintain tapi banyak jugak yg menurun... salah siapa? salah cikgu ke yg x bg soalan banyak2 smpai budak tu boleh hafal jawapan? atau salah terlalu banyak perkara yg hendak dpelajari???? saya xnk salahkan pelajar sbb diorg menjadi seperti apa yg cikgu / ibubapa bentukkan... 

dah2.... kita layan hadiah yg x seberapa dari saya untuk adik...dia bwk kek ni utk kwn2 dia..kira mcm jamuan perpisahan geng la ni...hihihi

dia nk wafer roll tu... tp sygnye mmg lemau la bila tdedah aje mcm tu...yg pntg, kek tu habissss hihihi



Saturday, August 20, 2011

Birthday cake choc moist cake

Ini besday adik saya, kakak@hajar.... dia seronok betul dpt kek ni, tapi hari yg saya buat, hajatnya lepas terawih nk makan, tapi semua org letih n tido awal...kesian kakak, dan kesian jugak kek tu sorang2 atas meja makan... hihi...mlm seterusnya pulak baru makan. Happy bithday kakak, semoga menjadi anak yg solehah. Amin...



Choc moist cake + homemade chocolate + edible image = rm70 sahaja... murah kan??? maunye cari di secret recipe rm120 jugak....

Thursday, August 11, 2011

Kepergianmu....Innalillahi wa inna ilaihiraji`un.

Setelah lama nenek saya menderita sakit strok dan kencing manis... 11.8.11 jam 5ptg nenek telah pergi meninggalkan kami semua...ayah setia berada di sisinya sehingga nafasnya yang terakhir. kalau diikutkan hati, saya pun nk tggu sama tapi apakan daya, cuti xblh lama... tambah pulak Ilham meragam time balik kampung semalam sbb dia rasa x selesa.

Ilham ni, xblh tido kalau bising or cerah... kesimpulannya, siang2 mmg dia xleh tido bila d kampung...tambah2 pulak xde buai. tu yg untuk pengkebumian nenek, saya n Ilham x balik. takpe, sekurang2nya saya sempat berbakti pada nenek dan cium nenek sblum saya balik rumah semalam.

Damailah nenek di sana,semoga sentiasa berada dalam rahmat Ilahi...kita yang masih hidup perlulah mengambil iktibar daripada semua peristiwa ini. Al-Fatihah buat nenekku, Jeriah.

Monday, June 27, 2011

Aku nekad

Tak sangka kadang-kadang kisah cinta, kisah hidup kita tak sama dgn org lain...kadang-kadang saya persoalkan kenapa kesudahan kisah saya macam ni. Tak berhak kah saya nak hidup bahagia bersama suami dan anak? Namun...sebagai hamba Allah, kita hanya mampu meneka dan mengharap... Allah yang berhak mencorak hidup setiap hambaNya.


Setelah 7 bulan berjauhan, dan pelbagai dugaan yang datang menjengah tika ini... saya buat keputusan... saya ingin pembelaan sewajarnya daripada pejabat agama. InsyaAllah... jika Allah izinkan, sampailah saya ke sana untuk memfailkan aduan saya.

Saya tak faham kenapa dia begitu mudah berubah hati. Dan yang paling memedihkan bila adiknya memberitahu dia ingin membawa pulang wanita itu berjumpa ibunya. What the.....????? Sekampung tahu saya isterinya, apa kes berani nak bawak perempuan tu pula????

Cukuplah sampai di sini. saya tak tahu begitu serius hubungan mereka. tak apa lah, mungkin ini yang terbaik untuk saya. CUKUPLAH. Biarkan semuanya berakhir. saya tak sanggup menangis lagi.
Ya Allah... aku memohon... jauhkanlah aku dan anakku daripada dia... janganlah dia kembali lagi ke dalam hidup kami... aku redha di atas semua dugaanMu ya Allah... cukuplah sampai di sini kisah kami ya Allah... semoga hidupku dan anakku akan berubah lebih baik selepas ini... Amin Ya Rabbal Alamin...

Sunday, June 19, 2011

Tinggal kenangan...

Entri ni mcm lagu Saleem la pulak. tapi mmg betul pun, kdg2 memori yang dulunya indah datang mengetuk jendela ingatanku...

 cantik x saya... hihi...tahun 2009 dulu... selamat bergelar isteri... kehidupan dtempuhi dengan penuh harapan dan kecekalan.

namun, apakan daya, ku sangka panas ke petang, rupanya hujan di tengahari buta. hujan panas pulak tu. aduyai. dahla jadi bila Ilham ada dlm kandungan. sedihnya toksah cerita. Ku bawa diri kembali ke pangkuan keluarga tercinta.




ni lah my happy family... Ilhamku cakehouse dibantu oleh adik2 perempuan saya... dan banyak cadangan dan sesi merasa oleh mama saya...

sekarang hidup mesti diteruskan. rasanya macam igauan mimpi ngeri bila terkenang peristiwa pahit mencengkam jiwa... tak sanggup aku kembali lagi rasanya kepada mimpi ngeri itu.



selamat tinggal kasih, selamat jalan sayang... saya pun x tau ada harapan ke tidak untuk kita kembali bersama. kesian Ilham x kenal ayahnya depan2, hanya blh tgk gambar je. kalau dikira sayang tu, tiap kali dia kol hati saya akan berbunga riang. tapi lepas dia kol, hati saya jadi geram, sakit hati dan sedih bila mengenangkan apa yang dia buat pada saya sejak hari tu hingga SEKARANG. ya Allah, Kau tunjukkanlah jalan terbaik untukku dan anakku Ilham....

Friday, June 17, 2011

Birthday papa

Hari ni 17hb birthday papa ke 53.. wah dh tua ayahku seorang ni...sambut sekali dgn Hari Bapa... thanks papa sbb jadi ayah yang paling baik untuk kaknor. I love u always...

Saya buat kek red velvet topping dengan cream cheese. ade jugak tambah buttercream dan fondant sikit untuk memeriahkan majlis atas muka kek tu hihi...


cream cheese tu sangatlaa best tapi saya gatal letak gula icing...sudahnya sangatlaa manis. lepas ni bila buat cream cheese lagi, tobat dah xnk letak gula icing. letak golden syrup dah cukup.sudahnya kek tu jadi manis banget...tapi bukan ke kek memang dijadikan untuk manis ke???


bila makan kek tu as a whole... rasa manis dia sangat memikat kalbu... yg peliknya cream cheese tu cair sikit lepas dkeluarkan dari peti. hmmm ni mesti sebab fresh cream tu. lepas ni bila buat lagi dh xnk letak fresh cream. biar dia kental sikit...

di tengah kek tu saya letak cream cheese dan strawberry jam. sedap gabungan dua tu..rasa manis creamy dan kemasaman jem strawberi. pasni nk cuba pakai marmalade pulak.

Wednesday, June 15, 2011

Birthday adikku..hamidi

Rupanya dah besar adik bujang saya sorang ni...hamidi. pemalu tapi sangatlaaa suka main game online. tapi lebih baik macam tu daripada petang - petang merempit merata-rata kan...

Sambutan yang sederhana je, tapi sangat bermakna buat saya sebab kali pertama buat kek birthday fondant untuknya,.. gambar katun-katun je la sebab masa suntuk so takde idea sangat... tapi takpe, kami semua dengan semangatnya makan kek tu sampai licin. alamak...x ambil pulak gambar potongan kek tu. takpe lain kali buat kek choc lagi...

mini cupcake happy birthday ni adik saya Acik yang buat. semangat betul dia walaupun ni kali pertama dia tulis atas kek tu... nak tolong saya katanya.yang penting habis licin.

nanti 17hb birthday my dad pulak... nanti nak buat kek red velvet lah. wait n see.....