ImageChef.com

Menerima tempahan kek dan cupcake sekitar Terengganu dan Kelantan

Sedia menerima tempahan kek dan cupcake untuk semua acara. Tempahan sekurang-kurangnya seminggu awal untuk tempahan yang sedikit dan sekurang-kurangnya sebulan untuk tempahan yang lebih banyak.

SILA KLIK PADA LABEL KEK DAN CUPCAKE UNTUK EASY ACCESS PADA KOLEKSI KEK DAN CUPCAKE

Hubungi saya di 019-4849653 atau waina_1307@yahoo.com untuk makluman lebih lanjut.

MAKLUMAN TERKINI

Sila add FB waina, Waina Ilhamku Cakehouse untuk lebih update yer. thanks
Kek, cupcake, cheesetart, tat telur, homemade chocolate. Msg saya, waina 019-4849653

Kongsi Resipi ye kawan-kawan

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

My schedule

Showing posts with label Ilham. Show all posts
Showing posts with label Ilham. Show all posts

Wednesday, November 30, 2011

Ilhamku dah 7 bulan setengah

Sebagai ibu Ilham, terlalu banyak perkembangan Ilham yg saya saksikan... bermula daripada senyuman pertamanya, hinggalah kini, Ilham mula memanjat dan mengangkat tinggi bontotnya,...haha... tapi sayangnya, dek terlalu bz dengan kerja dan kek, saya x smpat nk abadikan saat2 indah pertama bila Ilham mula merangkak, mula memanjat dan mula merayap...hihi itu semua hanya tersimpan kemas dlm memori ibu, xdpt nk dkongsi dan dsimpan d sini.. tapi jom layan gambar2 Ilham yg sempat di snap...


saat Ilham tumbuh dua btg gigi


budak yg tgh lena tido pakai baju atuk dia beli


baru bangun tido siang...puas tido la tu yg sengih lebar


Ilham bersama encek froggy. 

Hari tu, 23hb smpaila 28hb Nov Ilham terjangkit HFMD dari sepupu2 dia...kesian dia mulut melepuh, ade bintik2 merah di sendi2 dan d hujung2 jari dia... tapi anak ibu kuat, wlp dia xleh isap susu, dia tetap makan ape yg ibu dia bg... menangis x henti2. walaupun tension, tapi demi anak tersayang, ibu teruskan dan bersabar... Alhamdulillah, skrg dh elok. Ibu dia pulak yg demam, sakit tekak dan batuk... wakakakaka...

Tuesday, October 11, 2011

Ilham kesayanganku kini 6 bulan~~milestones

salam... dah lama sangat x update blog...aduyai xsempat.... dgn lappy rosaknye, dgn gmbar entah d mana letaknya, dgn  kebizian mmbuat order kawan2 yg x henti2 tiap hari...thanks to all supporters for Ilhamku Cakehouse... alhamdulillah, walaupun baru 3 bulan beroperasi... dah balik modal dah hihi

udah2.... post kali ni nk cite pasal ilham. nk share dgn bloggers semua apakah milestones @ ape ye?xreti nk translate dlm BM.... tapi milestones ni berbagai2 @ berbeza mengikut anak masing2 so, kalau anak x smpai milestones ni lg jgn keciwa pulak....

@ 6 months / 5months 4 weeks...... ilham sepatutnya dapat

1. sitting up on her own (bila diriba, dia patutnya blh angkat kepala dan bahu dia utk duduk sekejap)
2. mengulang perkataan kegemarannya (hah, yg ni mmg geram sgt2 bila ilham buat bunyi buih or mcm2 lg... suka dengar tapi nyaringnyeeeee )
3. dah mula suka ambik dan buang barang....(ibu dia pun dh mula rasa jenuh nk ambik barang dia buang)
4. suka tgk org makan dan buat mulut mcm nk mkn jugak...(kdg2 kesian tgk ilham asyik perati aje ibu dia mkn mcm2)
5. dh pndai angkat tangan suruh org dukung, dh pndai gelak bila org usik( suka...suka...suka...)

Ilham skang ni pun dh sibuk tahan tangan n melutut... prepare nk merangkak... x dpt ambil pict sbb charger bateri d umah lain...aduyai.... xsbr nk ambik pict Ilham!!!!!!

anyway... jumpa d lain siaran!!!

Thursday, September 8, 2011

Aidilfitri kedua tanpa dia...

Salam Aidilfitri untuk rakan-rakan semua... wah, dah hari raya ke-9 baru nak ucap selamat... nk buat mcm mana, seminggu sebelum raya sibuk sgt buat order kawan2..nasib baik semuanya siap dengan jayanya... thanks kawan2 sbb support bisnes Ilhamku Cakehouse...

Aidilfitri ni kali kedua saya beraya tanpa dia. Tapi kali kedua jugak beraya dengan Ilham... cuma tahun lepas, dia baru sebulan dlm kandungan...dan sekarang dia dah 5 bulan di dunia hihi...
Aidilfitri 2010

Aidilfitri tahun lepas jika dikenang2 balik, mmg sangat menyedihkan. Saya balik kampung sorang2, semua bertanyakan ke mana dia pergi. Waktu itu, malu, kecewa, sedih semuanya ada. Lagipun saya baru mengandungkan Ilham, bertambah2 la kekecewaan emosi yang melanda.

Namun, Aidilfitri kali ini saya lebih tabah dan kuat. Semuanya kerana adanya Ilham, anak kesayangan ibu. Saya dah lali dengan pertanyaan sanak-saudara. Dan kali ini, saya ada jawapan yang lebih pasti, kami sudah berpisah.... Ini semua telah menjawab semua persoalan yang ada di fikiran saudara2ku...
Aidilfitri 2011

Apa jua yang berlaku dalam hidupku, semuanya telah tertulis dalam takdir yang telah ditentukan Allah Maha Esa... kita hanya mampu berdoa dan berusaha menjadikannya yang terbaik.

Salam Aidilfitri untuk semua

Sunday, August 21, 2011

I'm thankful for the opportunity to be a supermom....

"You are not a pacifier; you are a Mom. You are the sun, the moon, the earth, you are liquid love, you are warmth, you are security, you are comfort in the very deepest aspect of the meaning of comfort" -- Paula Yount


Kata - kata Paula ni lah yang kembali menguatkan azam saya untuk teruskan penyusuan susu ibu dan terus melakukan apa yg saya buat sekarang tanpa ragu2.


Sekarang Ilham dah 4 bulan, dh pndai kenal ibu dia... dah pandai buat perangai...selalu nak orang ada dengan dia nak main2... xnak susu botol kecuali lapar sangat2... tido pun 15-30 minit saja dalam satu sesi... asyik nak bergayut aje, yang seronoknya bila saya nak bagi susu, senyuman dia dan tingkah lakunya yang happy nak dapat susu tu sangat membuatkan saya bahagia... 


saya co-sleeping dengan dia, kalau siang pun saya co-sleep skali jadi dia blh tido smpai 2 jam. dlm buai asyik terjaga. mungkin dia teringat susu ibu dia... 


sekarang Ilham mula melompat2, dh lihat sana, explore sini... mcm2 yg dia tengok. dh mula merenyuk kertas dan mula asyik main bantal gebu dia... 


xpuas saya layan Ilham...kalau blh, janganla masa cepat berlalu...


mula2 saya risau Ilham x tido siang, tapi bila saya baca KellyMom.com, mmg budak 4-5 bulan mmg macam tu... oooo now i'm relieved. 








layan gambar Ilham tido.....

Friday, July 22, 2011

Ilham dah meniarap...

Officialnya Ilham dah pandai meniarap sendiri (22.7.2011 @ 3 bulan 1 minggu)... wah xsmpat nak snap pict dia tadi... saya letak dia atas katil yela, dah malam, so tido la pastu agaknya dia cari susu kot. saya tgh layan fb di luar bilik. sekali dengar Ilham duk memanggil2... alahai, anak aku meniarap rupanya... hahaha nak ketawa pun ada... lapar punya pasal smpai blh meniarap sudahhhh.... esok Ilham meniarap lg ye sayang.... hihi peluk cium dari ibu Ilham...

Seronok dan bahagianya ada penyejuk hati dan tempat mencurahkan kasih sayangku ini... bila tgk dia, rasanya semua masalah dalam dunia blh hilang mcm tu aje....ibu sayang Ilham

Sunday, July 17, 2011

Apa kena lah dengan Ilham sayang ni...

Dah lama x tulis entry pasal Ilham... sekarang dia dh 6kg :) dh mula belajar nak meniarap... hari2 atas katil or dalam buai mesti mengiring... pagi tadi nasib baik adik perasan, dia termeniarap...tapi kepala x gagah lagi, so kesian pulak tgk...

Isy2... xpatut2... ada ke ibu Ilham biar je mcm tu... :D
Masalah yang tak selesai2 lagi Ilham xnak menyusu botol. pagi ni Ilham djaga oleh dua anak dara sunti @mak sedara dia... mengamuk abis Ilham smpai jiran sebelah pun dengar dia nangis. aduyai...lapar punya pasal tapi xnak botol. 7 auns susu perah ada dalam botol tu... hampir suku dia keluarkan bila masuk dlm mulut dia... nantilah, nak cari puting Dr.Baby pulak... membazir je susuku... adik siap kol lagi suruh balik awal...nak smpai cepat mcm mana, tempat kerja setengah jam perjalanan... kesian Ilham sayang...

Friday, July 1, 2011

Ilham...Ilham...

anak ni kan... tiap2 bulan mesti ada je perangai unik dia kan... sama macam Ilham, dulu hanya minum susu guna botol...smpai ibu dia pun hampir2 kering susu. fuhhh bahaya... namun, disebabkan nak sangat menyusukan dia sendiri, ditambah pulak dengan banyak blog2 penyusuan ibu yang menambah semangat saya untuk menyusukan dia, sikit2 ku pam2 dan ku beri minum...x sangka sekarang... alhamdulillah mmg dh sebulan lebih saya berjaya menyusukan dia dan mengoptimumkan berat dia :)

lihatlah saya sekarang 5.5kg 3bulan...bam bam x?

saya sangat bahagia melihat keletah dan hubungan akrab saya dan Ilham. walau berpisah 3,4 jam pun saya dah x tahan rindu. mcm mana nak pergi kerja ni...yang penting, selagi boleh saya nak susukan dia sbb saya sangat suka pandangan matanya bila dia hisap susu, gerakan kaki dan tangannya serta masa2 dia main2 dengan puting susu lepas dia dh kenyang...



dan sekarang, Ilham reject minum botol...alahai, timbul masalah pulak. dia selalu keluarkan apa yang masuk. tapi x apa, kata orang, lebih senang ajar anak minum botol daripada minum direct. lama2 boleh la tu...

Ibu sayang Ilham....satu-satunya permata hati ibu

Sunday, June 19, 2011

I am a bfeeding mommy :))) (walaupun ade kantoi sikit) LOL

dah sebulan sejak saya tulis entry mula breastfeeding ni. x sangka sekarang dh berjaya susukan Ilham kdg2 sepenuhnya susu ibu, tapi selalunya ade terkantoi sebotol or dua botol susu formula gak... lebih2 lagi kalau saya tak ade kat rumah or adik saya (umur 8tahun) nak sangat buat susu untuk Ilham... asal Ilham nangis je, trus Arif lari ke dapur buat susu sbb katanya Ilham mesti lapar tu... haha... mmg lucu dan x smpai hati nk halang dia. tapi setakat sebotol je la sy bagi dia buat.

saya dah lama x pam susu. bukan ape, dulu2 time pam, rasa breast mcm kosong so Ilham nk minum pun mcm x puas. skrg asal Ilham nk susu je sy terus sumbat mulut dia dh malas nk pam lagi... dan sekarang Ilham buat perangai xnak botol!!!! asal suapkan dia botol, dia luahkan balik susu yg masuk... aduiyai. nk kena masukkan nenen dulu kejap, cabut dan baru sumbat susu botol...hah baru jadikk...

then bila bagi susu dlm botol (3oz), dia mesti terbangun n xnk tido lepas tu... jadi mmg malam2 saya anti betul bagi botol sbb saya nak dia tidur....

jadi, mcm mana nk buat lagi 2 minggu saya dh nak masuk kerja. maybe d sekolah saya akan pam utk dia minum bila2 la... yg pnting bukan minum bila bedtime dia...

actually, saya xpakai dah pam susu Pureen tu. sangat x selesa dan sakit.lepas tu bateri cepat betul habis. membazir je. saya PICIT. mmg hasilnya pun mmg ok sgt2. sekarang ni kalau satu sesi picit n perah susu, dlm 3 oz blh dapat.

Saturday, June 18, 2011

Growth spurt

ape tu... xpenah pun dengar perkataan ni dari orang dulu-dulu...senang cerita budak buat perangai sebab nk besar.... tapi ade ke? entahla...ikut orang putih kata, ada la...

Growth spurt ni biasanya jadi beberapa kali sepanjang kehidupan bayi untuk membesar. contohnya, bila dia nk mula rolling over atau nak merangkak dsb. jadi time ni bayi akan buat perangai (more fussy). time ni baby akan sentiasa lapar dan menyusu lebih banyak daripada biasa chewahh.susu ibu akan menambahkan zat-zat yang penting untuk perkembangan otaknya semasa growth spurt. so, jgn berhenti untuk susukan bayi walaupun time dia buat perangai k....

Saya x tau la sekarang ni Ilham growth spurt ke x... tapi dia buat hal xnak tido... mata dah layu, tapi x menguap2, bila dinenenkan pun x lena...bila letak dalam buai pun bising menangis, bila diriba (dulu ni favourite dia) pun dia nak menangis. last2 dukung n tiarapkan dia. senyapla sekejap. saya urut2 belakang dia, and bagi dia minum gripe water (orang kata air ni blh relaxkan baby n hilangkan kembung) entahla... tapi dia ok la. dah 3 hari macam ni. tapi bila dia start tido...buatla ape pun (time mandikan pun terlelap), time petir menyambar smpai blackout rumah pun dia x sedar... straight 4-5hours dia tido sebelum kelaparan, then dia akan tido smpaila maybe 14hours dalam sehari... bakinya dia bangun n merengek...

nasibla dia tido malam. 3 minggu lepas, time dia tido siang!!! mmg naya saya kena pujuk dia macam2 bila malam. smpai dh lunyai nenen dia .... dah dia kenyang tapi masih nenenkan dia utk tenangkan dia...


aduhai Ilhamku sayang...membesarkah dengan baik ye sayang... bila ni nk pandai meniarap...ibu tungguuuuuuu....

Monday, May 30, 2011

gangguan???

kdg2 sy terfikir, kenapa Ilham suka sgt "bergayut" lama2 kadang2 smpai sejam. kdg2 dia x lena tido kalau x "bergayut". kesian pun ada tgk anak sendiri melalak nk kan puting. kalau x bagi, dia hanya tido2 ayam...lagi kesian tgk sbb budak kecik kene tido lebih kurang 18jam sehari. ni blh tido sejam dua jam dah terjaga. hasilnya, mata terkebil2 xleh tido tapi badan letih n mulut menguap. sedih hatiku bila jadi mcm ni.

jadi, mlm tadi saya cari ayat2 ruqyah n ayat2 syifa n pasang pd telinga dia. sangatlaaaa alhamdulillah sbb dia slow lena xpayah nk bergayut lagi. hanya tersedar dua kali sbb lapar logikla tu... ni x, pntang puting  tercabut dari mulut dia, mulala dia nk melalak. bagi susu kenyang2 ikut botol pun mata makin luas, bukannya makin blh tido.

jadi mulai mlm ni, mmg bila nk tido kan dia, saya akan pasang ayat2 syifa nih biar semua syaitan iblis lari tinggalkan Ilham. bukan apa, dh apa yg ganggu dia kalau sepanjang masa mata terbeliak tengok sini sana, n bila tido asyik menangis n berkerut sbb mimpi ntah hapa2...

sekarang 7.45am, alhamdulillah dia masih tido... harap2 kekalla smpai bila2 tido rileks camni. ingt nk kejutkn dia utk mandi jam 9 nanti. kesian sbb dh berhari2 xlena. nk nangis pun ada bila org lain main2kan Ilham, henjut kuat2 suruh dia tido tapi dia mana blh tido sbb diganggu. risau betul dgn otak dia tu...harap2 membesar dengan elokla ye anakku Ilham sayang.... ibu sayang Ilham

Tuesday, May 24, 2011

gaji hanya untuk Ilham

hari ni dah 24.5, ingatkan gaji esok rupanya hari ni sbb 30hb ada pesta kaamatan kot. kalau pagi2 lg sy tau gaji hari ni, dh lama dh sy dan Ilham pegi Giant hehe... teringin sangat nk makan udang paprik dan ketam masak berlada chewahhh mcm pandai masak hehe.. esok la keluar pagi2 morning g Giant, nk bayar kereta, nk bayar baju Ilham yg sy beli online lagi.

Ilham ok je hari ni. xde meragam menangis mcm semalam. agaknya mmg growth spurt. budak nak besarla katakan. yg terkejutnya tadi, time saya sediakan air mandi Ilham, ada adik kata Ilham blh balikkan badan dia... what... kalau betulla, maknanya betulla perangai tantrum dia 2,3 hari sebelum ni mmg sbb growth spurt. nanti post lain sy cerita pasal growth spurt.

hari ni masuk hari ke3 cubaan sy utk fully bf dia. adei, bila sy keluar tghari tadi ambil adik balik sekolah, my sister siap2 buatkan susu formula utk Ilham, disumbatnya mulut Ilham tu. aduyai, nak bebel malas, nanti dia kata Ilham nangis sbb lapar la ape la... padahal mmg Ilham suka menyonyot... sy ibu dia, sy tau la hihihi...

lepas Ilham isap susu botol tu pun, mulut dia masih menganga2 sbb dia suka nyonyot utk tido lena... tapi malas la sy nk bising2 sy sumbat je puting dlm mulut dia, elok2 je dia tido tadi :)))))

gaji kali ni ialah kali kedua dapat time Ilham dh ada. gaji hari tu dah belikan dia stroller n car seat. gaji kali ni bayar baju jumper dia 4 helai hehe... lagi apa lagi nk beli utk Ilham ye, mmg xcited sangat sbb selama ni gaji hanya utk bayar itu ini tapi skrg tambah satu lagi, belanja utk Ilham

Saturday, May 21, 2011

exclusive bf

di pagi ni, saya berazam nk bf anak sepanjang hari. nk try xnk topup dgn formula... pagi ni jugakla dberi dugaan, dari jam 6.30am smpaila 10.30 am Ilham asyik nk isap susu tapi xkenyang2. geram jugak sbb ingatkan sy xda susu tapi bila picit puting, ada je menitik2 susu tu....

bila difikir2 balik, rupanya Ilham xreti nk latch betul2. dia hanya sedut puting je, bukan areola. so, susu pun segan nk masuk dlm mulut dia melainkan time milk let-down. aduyai, frust menonggeng sy sbb dah 2 kali bagi formula hari ni dan sekali susu perah.

bila Ilham isap xcun, jadi nipple sy sakit, dtambah lg dgn pumping battery, lagi la sakit... so x pasal2 sy xleh nk bg Ilham isap n xblh nk pump. tapi rasa x selesa, so sy picit je n tadah susu secara manual hehe... dapat la jugak kumpul 1 auns setakat ni, nk kumpul lagi 1 auns lagi then blh bg kat Ilham hehe,... chaiyyok2...

Friday, May 20, 2011

berapa kali bayi menyusu dalam sehari

apabila saya memberi susu pada Ilham, saya selalu berfikir, berapa banyak yang perlu Ilham minum?

menurut http://www.babycenter.com.my/malay/baby/formula/

setiap pound berat bayi didarabkan dengan 2.5 - 2.7 oz.

satu kg bersamaan 2.2 pound.

so, kira sendiri

contoh : Ilham 3.9kg = 3.9x2.2 = 8.58 pound

8.58 x 2.6 oz (lebih kurangla) = 22oz.

so, agak2la 22 oz dlm 24 jam. so, Ilham punya 1.8 oz dua jam sekali.

tapi dari dulu mmg bagi dia 2oz saja, kalau dia tido lama sgt, or meraung2 kelaparan, saya tambah jadi 2.5 oz... terutamanya EBM

Thursday, May 19, 2011

saya gigih hari ini pumping

dulu susu badan saya banyak, rajin jugak pumping tapi bila Ilham admitted sebab dia jaundice, jadi kami supply dia dgn susu formula yg agak banyak supaya dia banyak berak. so maybe dia jadi nipple confuse...payah betul nk disumbat puting saya.

then pump sy rosak, lagila kurang demand utk susu saya, ingatkan nk putus asa dah, nk bagi Ilham susu formula je trus tapi bila saya baca blog2 ni :

1. http://susuibu.com

2. http://sweetstory.yuitsumuni.com

3. http://www.sarakids.com/blog

dan banyak lagi blog yg dkongsi.

maka mulai sabtu yg lepas, bermula la perjuangan sy utk bf and pumping (lepas beli pump baru :)))

lamanya susu nk bertambah, tp x dnafikan susu yg dpump makin lama makin banyak. sangat suka bila makin btambah hari, makin banyak sy dapat replace susu formula dengan susu sy pump. ya Allah, permudahkanlah urusanku untuk menyusukan anak kesayanganku, Ilham... amin :)))

bukan senang ooo.... sbb time pump rosak tu, sy sangat stress, so milk production drop. sabtu hari tu (14 mei) barula saya pergi beli pump baru - Pureen battery pump

hari sabtu : sangatla sakit puting saya bila pakai pump tu sbb kuasa suction dia kuat, guna sekali je pastu berhenti. makin frust saya dbuatnya.

hari ahad : sy kembali baca blog2 penyusuan ni untuk cari semangat balik..kumpul n kutip mana2 semangat yg hilang

hari isnin : start pumping again + power pumping,. sy jugak try satu petua - gentel nipple seminit setiap sejam (act setiap kali teringat, sy gentel la n setiap kali nak pam) dapatla 2.5 oz hari tu.... sekali dapat bagi pd Ilham... chaiyyok2
hari selasa : pumping dteruskan smbil banyakkan bf Ilham, pastu try bf dengan mengiring utk kurangkan keletihan - lepas berkali2 pumping hari tu dapatla 5 oz lagi utk dua kali lagi Ilham minum.

hari rabu : ada improvement sikit, pumping dapat 7oz lebih, so dapat bagi Ilham 3 kali. yeayyy...sangatla seronok sbb makin banyak blh bagi Ilham. sy tekad nk nanti nk stop terus bagi susu formula...

hari khamis : pumping dari pagi tadi smpai maghrib dapatla dalam 6oz tapi baru sekali bagi pd Ilham, ada simpan 4 oz lagi dlm peti. ingat mlm ni mmg nk bagi Ilham minum susu tu je terus tapi maghrib tadi adik dh bagi siap2 susu formula.frust gak. nanti jam 11 or 12 nak pump lagi tambah stok.

susu ibu

ibu mana yg xnk susukan anak. setiap ibu yg menyusukan anak mesti ada masalah mcm2 mana. erm masalah saya mula2 ialah pghasilan susu yg kurang. ini antara sebab - sebab susu kurang:

1. susu berkurang bila ibu tidak mengosongkan breast - ni yg paling sy x faham, mcm mana rasa kosong breast tu????

2. kurang menyusukan anak or kurang pumping menyebabkan kurangnya permintaan: LOW supply-because of LOW demand - nilah masalah sy sekarang, Ilham malas menghisap, tau nk mengamuk je haha

3. saluran susu tersumbat disebabkan breast tidak dikosongkan dengan betul.

4. mastitis : jangkitan kuman pada breast yang disebabkan oleh saluran yang tersumbat tadi

* kredit to http://sweetstory.yuitsumuni.com

1st entry


19 Mei 2011 - khamis
uihh... dh lama sangat dh ibu x tulis blog... blog yg dulu telah kukuburi dalam2 sbb ia meninggalkan satu kenangan yg ingin ibu lupakan... forget about it... n now ibu dh ada pembakar semangat baru, cinta baru dan kekasih baru :) perkenalkan Muhammad Ilham Harith my baby boy...

panggil dia Ilham... he is now my centre of the universe chewah... hari ni genap dia 39 days, meaning sehari lagi pantang ibu yg tinggal :)))))


Ilham xpakai baju sbb nk mandi :))))

so, sebagai seorang ibu, mmg sangatlaa nak breastfeed anak sendiri. tapi ibu mana yg x dilanda masalah bila nk bf. masalah ilham ni pulak jenis malas nk isap, malas nk bukak mulut...so mcm mana nk bf dia. tpaksa la tunggu dia nangis2 melalak baru dia bukak mulut luas2 cari susu. aduhai anak ibu nan seorang.

mlm tadi dia x tido. 1.30pagi dia bangun berak then kelip2 mata dia smpai jam 3. puas dah susukan dia, dodoikan dia...mata pejam tp tido x lena... last2 smpaila ibu tido then dia merengek nk susu. ibu susukan smbil baring barula mata dia pejam. tp x lama sbb puting selalu tercabut dari mulut dia. dia x latch betul2, nk kene ibu dia jugak yg tolong....

pagi td 6 am dlm sejarah dia mengamuk dan melalak. marah betul dia tadi tapi mata pejam. nak susu la katakan... ibu yg baru je tido 30 min dengan mamainya kene marah dgn mak sbb biar anak melalak adusss pening kepala... tapi gagahkan jugak bangun susukan dia smbil duduk. subuh dh terlajak sbb tunggu dia abis mengamuk. sabar je la

skrg 1.30pm, Ilham tido dgn nyenyak dari jam 10am pas mandi smpaila skrg... abisla kalau mlm karang dia wat hal xnk tido lagi hukhuk...ibu mana la ngantuk siang2 ni anak oiii kalau camtu 24jam la ibu x tido :(((((