ImageChef.com

Menerima tempahan kek dan cupcake sekitar Terengganu dan Kelantan

Sedia menerima tempahan kek dan cupcake untuk semua acara. Tempahan sekurang-kurangnya seminggu awal untuk tempahan yang sedikit dan sekurang-kurangnya sebulan untuk tempahan yang lebih banyak.

SILA KLIK PADA LABEL KEK DAN CUPCAKE UNTUK EASY ACCESS PADA KOLEKSI KEK DAN CUPCAKE

Hubungi saya di 019-4849653 atau waina_1307@yahoo.com untuk makluman lebih lanjut.

MAKLUMAN TERKINI

Sila add FB waina, Waina Ilhamku Cakehouse untuk lebih update yer. thanks
Kek, cupcake, cheesetart, tat telur, homemade chocolate. Msg saya, waina 019-4849653

Kongsi Resipi ye kawan-kawan

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

My schedule

Showing posts with label kisahku. Show all posts
Showing posts with label kisahku. Show all posts

Wednesday, December 14, 2011

All Year Mixed Emotion

Hmm.... kalau diikut2kan last skali saya tjumpa dia pada november tahun lepas. sekarang 14.12.2011... dah setahun sebulan tanpa khabar berita dan nafkah. terlalu banyak yang berlaku dalam masa setahun ni...

ketika mengandungkan ilham... walau papa dan mama berusaha menyuruh saya melupakan dia...namun perasaan  mengharap dan sayang masih menebal... hingga ketika saya melahirkan ilham, dialah org pertama yg sy bgtau...sbb jauh d sudut hati masih mengharapkan dia kembali... namun, harapanku berkecai setelah dia enggan pulang menguruskan pendaftaran anaknya... pada 28 april 2011, itulah kali terakhir mendengar suaranya bersama dengan kekasihnya.

sy berpantang dan bersusah payah membesarkan ilham... dan pada 3 bulan pertama, alhamdulillah...setiap detik susah senang dgn ilham saya anggap sbg pengalaman paling manis dlm hidup. namun, sehingga julai 2011, 2-3 minggu sekali dia masih call sy..masih cuba memberi harapan yg palsu... dan saya pd waktu itu masih percaya...

sehinggalah call yang paling akhir yg saya x angkat... (time tu piala suzuki)... dan tak ada lagi nombor asing yg terpapar di skrin telefon saya. Secara perlahan2 pada waktu itu, saya bangun dari mimpi yg panjang, dari angan2 yang x kesampaian... saya cuba muhasabah diri...adakah dia berbaloi untuk ditunggu? adakah dia layak jadi bapa pada ilham? jika dia kembali, adakah dia boleh kembali pada perangai lamanya... sungguh aku FOBIA....bila kurenung2kan waktu dulu, kalau bukan kerana sayang, xku bertahan dlm rumahtangga ini. Syukur sgt2 dpt balik ke pangkuan keluarga... dan telah membuka minda dan hatiku untuk melihat buruk dan baik dari segi Islam...

selepas saya mula bekerja, dan memulakan perniagaan Ilhamku Cakehouse ini... (sekitar bulan Julai).. baru saya benar2 yakin yang sebenarnya saya boleh hidup tanpanya. walau dia xada, x menjadi kudis dalam hidup saya. saya bertekad untuk mengejar kembali minat yang dah lama tersimpan sejak saya mengenalinya.

dan waktu berlalu sangat pantas.... dek kesibukan kerja dan komitmen pada perniagaan, sehari demi sehari berlalu tanpa saya menyedari kini sudah Disember...sampai bila saya ingin digantung tidak bertali? lantas, tergerak hati ini untuk ke mahkamah syariah...

Alhamdulillah, sekarang saya hanya perlu membuat borang afidavit untuk permohonan fasakh saya. semoga Allah merahmati dan memudahkan urusan saya...Amin...

Thursday, September 8, 2011

Aidilfitri kedua tanpa dia...

Salam Aidilfitri untuk rakan-rakan semua... wah, dah hari raya ke-9 baru nak ucap selamat... nk buat mcm mana, seminggu sebelum raya sibuk sgt buat order kawan2..nasib baik semuanya siap dengan jayanya... thanks kawan2 sbb support bisnes Ilhamku Cakehouse...

Aidilfitri ni kali kedua saya beraya tanpa dia. Tapi kali kedua jugak beraya dengan Ilham... cuma tahun lepas, dia baru sebulan dlm kandungan...dan sekarang dia dah 5 bulan di dunia hihi...
Aidilfitri 2010

Aidilfitri tahun lepas jika dikenang2 balik, mmg sangat menyedihkan. Saya balik kampung sorang2, semua bertanyakan ke mana dia pergi. Waktu itu, malu, kecewa, sedih semuanya ada. Lagipun saya baru mengandungkan Ilham, bertambah2 la kekecewaan emosi yang melanda.

Namun, Aidilfitri kali ini saya lebih tabah dan kuat. Semuanya kerana adanya Ilham, anak kesayangan ibu. Saya dah lali dengan pertanyaan sanak-saudara. Dan kali ini, saya ada jawapan yang lebih pasti, kami sudah berpisah.... Ini semua telah menjawab semua persoalan yang ada di fikiran saudara2ku...
Aidilfitri 2011

Apa jua yang berlaku dalam hidupku, semuanya telah tertulis dalam takdir yang telah ditentukan Allah Maha Esa... kita hanya mampu berdoa dan berusaha menjadikannya yang terbaik.

Salam Aidilfitri untuk semua

Wednesday, July 27, 2011

Titipan kasih buat keluarga mertuaku....

Salam. Iwan...ape kabar keluarga di n9? dh lama rasanya k.waina x jumpa iwan, mak dan bapak. Setahun lebih ada kot.26.7.2011  k.waina dah pegi pejabat agama, jumpa kaunselor dan k.waina cerita semuanya,alhamdulillah, bila ustazah tanya adakah k.waina tekad...insyaAllah.

kwaina xnk dh nombor baru dia. hati k.waina dh tertutup utk dia.


k.waina x smpai ati nk bgtau mak... mggu depan k.waina nak ke mahkamah syariah utk cerai taklik. k.waina rasa setahun peluang yg k.waina bagi utk dia kembali dh cukup. dia bukan jodoh k.waina lg. k.waina takut nk terima dia balik sbb risau dia akan buat perangai sama lg. skrg k.waina takut nk bkawan dgn mana2 lelaki walaupun ada yg nak berkawan. k.waina risau terkena sekali lg.

k.waina sayang sgt keluarga di sana...mak, bapak, iwan dan adik beradik lain...semuanya baik pd k.waina. tapi apakan daya, k.waina dh rasa xde peluang lg utk kami bersama. dia belum matang sepenuhnya utk faham erti menjadi seorang bapa dan seorang suami.

sampaikan salam k.waina pada mak dan bapak. entah bila kita akan bersua lagi. salam Ramadhan buat Iwan sekeluarga...

Monday, June 27, 2011

Aku nekad

Tak sangka kadang-kadang kisah cinta, kisah hidup kita tak sama dgn org lain...kadang-kadang saya persoalkan kenapa kesudahan kisah saya macam ni. Tak berhak kah saya nak hidup bahagia bersama suami dan anak? Namun...sebagai hamba Allah, kita hanya mampu meneka dan mengharap... Allah yang berhak mencorak hidup setiap hambaNya.


Setelah 7 bulan berjauhan, dan pelbagai dugaan yang datang menjengah tika ini... saya buat keputusan... saya ingin pembelaan sewajarnya daripada pejabat agama. InsyaAllah... jika Allah izinkan, sampailah saya ke sana untuk memfailkan aduan saya.

Saya tak faham kenapa dia begitu mudah berubah hati. Dan yang paling memedihkan bila adiknya memberitahu dia ingin membawa pulang wanita itu berjumpa ibunya. What the.....????? Sekampung tahu saya isterinya, apa kes berani nak bawak perempuan tu pula????

Cukuplah sampai di sini. saya tak tahu begitu serius hubungan mereka. tak apa lah, mungkin ini yang terbaik untuk saya. CUKUPLAH. Biarkan semuanya berakhir. saya tak sanggup menangis lagi.
Ya Allah... aku memohon... jauhkanlah aku dan anakku daripada dia... janganlah dia kembali lagi ke dalam hidup kami... aku redha di atas semua dugaanMu ya Allah... cukuplah sampai di sini kisah kami ya Allah... semoga hidupku dan anakku akan berubah lebih baik selepas ini... Amin Ya Rabbal Alamin...

Sunday, June 19, 2011

Tinggal kenangan...

Entri ni mcm lagu Saleem la pulak. tapi mmg betul pun, kdg2 memori yang dulunya indah datang mengetuk jendela ingatanku...

 cantik x saya... hihi...tahun 2009 dulu... selamat bergelar isteri... kehidupan dtempuhi dengan penuh harapan dan kecekalan.

namun, apakan daya, ku sangka panas ke petang, rupanya hujan di tengahari buta. hujan panas pulak tu. aduyai. dahla jadi bila Ilham ada dlm kandungan. sedihnya toksah cerita. Ku bawa diri kembali ke pangkuan keluarga tercinta.




ni lah my happy family... Ilhamku cakehouse dibantu oleh adik2 perempuan saya... dan banyak cadangan dan sesi merasa oleh mama saya...

sekarang hidup mesti diteruskan. rasanya macam igauan mimpi ngeri bila terkenang peristiwa pahit mencengkam jiwa... tak sanggup aku kembali lagi rasanya kepada mimpi ngeri itu.



selamat tinggal kasih, selamat jalan sayang... saya pun x tau ada harapan ke tidak untuk kita kembali bersama. kesian Ilham x kenal ayahnya depan2, hanya blh tgk gambar je. kalau dikira sayang tu, tiap kali dia kol hati saya akan berbunga riang. tapi lepas dia kol, hati saya jadi geram, sakit hati dan sedih bila mengenangkan apa yang dia buat pada saya sejak hari tu hingga SEKARANG. ya Allah, Kau tunjukkanlah jalan terbaik untukku dan anakku Ilham....