ImageChef.com

Menerima tempahan kek dan cupcake sekitar Terengganu dan Kelantan

Sedia menerima tempahan kek dan cupcake untuk semua acara. Tempahan sekurang-kurangnya seminggu awal untuk tempahan yang sedikit dan sekurang-kurangnya sebulan untuk tempahan yang lebih banyak.

SILA KLIK PADA LABEL KEK DAN CUPCAKE UNTUK EASY ACCESS PADA KOLEKSI KEK DAN CUPCAKE

Hubungi saya di 019-4849653 atau waina_1307@yahoo.com untuk makluman lebih lanjut.

MAKLUMAN TERKINI

Sila add FB waina, Waina Ilhamku Cakehouse untuk lebih update yer. thanks
Kek, cupcake, cheesetart, tat telur, homemade chocolate. Msg saya, waina 019-4849653

Kongsi Resipi ye kawan-kawan

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

My schedule

Tuesday, June 7, 2011

my first cupcake (mini sebenornye)

dh lama menyepi, balik kg jap kat k.bharu... jalan2 cari kedai yg jual bahan2 mentah n peralatan buat cupcake or kek. last2 terjumpa...tp blom singgah lagi hehe...tgkla bila2 free.

akhirnya jadi jugak cupcake coklat versi mini yg nak sgt buat...dah sangatlaaa sedap... time panas ada crust keras sikit d luar cupcake tu tapi bila dh sejuk, sama lembut n moist mcm isi dalam dia...resipi saya ambil dari tuan punya blog kak Ita





dan resipi chocolate ganache pun saya ambil dari kak ita jugak. tapi frust sikit sbb serbuk coklat x larut betul. pasni nk buat pakai bar coklat pulak.

KEK COKLAT LEMBUT KUKUS CHEF ZUBAIDAH
Resepi : along@myresepi
Sumber : Mas

**100 gm serbuk koko
**1 tin susu cair
**200 gm minyak masak / minyak sayuran / butterdicairkan
**250 gm susu pekat
250 gm gula kastor -ita letak 200 gm aje
4 biji telur - pukul hingga berbuih
150 gm tepung gandum
1st soda bikarbonat
1 st baking powder

Campurkan kesemua bahan bertanda ** dan masak dengan api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak
Satukan dengan telur yang di pukul tadi dengan mixer. Gaulkan bahan2 kering  dan campurkan sedikit2 sehingga sebati.
Masukkan ke dalam tin yang di lapik dan minyakkan. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
Kek ini sesuai juga dibakar. Bakar selama 40 - 45 minit dengan suhu 170c.
Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dengan icing atau ganache.

2 comments:

say something ye kawan-kawan