Menerima tempahan kek dan cupcake sekitar Terengganu dan Kelantan

Sedia menerima tempahan kek dan cupcake untuk semua acara. Tempahan sekurang-kurangnya seminggu awal untuk tempahan yang sedikit dan sekurang-kurangnya sebulan untuk tempahan yang lebih banyak.

SILA KLIK PADA LABEL KEK DAN CUPCAKE UNTUK EASY ACCESS PADA KOLEKSI KEK DAN CUPCAKE

Hubungi saya di 019-4849653 atau waina_1307@yahoo.com untuk makluman lebih lanjut.

MAKLUMAN TERKINI

Sila add FB waina, Waina Ilhamku Cakehouse untuk lebih update yer. thanks
Kek, cupcake, cheesetart, tat telur, homemade chocolate. Msg saya, waina 019-4849653

Kongsi Resipi ye kawan-kawan

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

My schedule

Thursday, May 19, 2011

amalan berpantang

orang melayu kuat pantang larangnya. ermm kenapa ibu lepas bersalin kena bpantang?? 40 hari ke, 44 hari ke, 100 hari ke?? hari ni hari ke 39 ibu pantang tapi smlm dh keluar pergi beli stroller and car seat Ilham hikhik, x pasal2 kena marah dengan atuk n nenek ilham... hehe tapi knp xblh keluar time pantang?please somebody explain...

ni saya ambil dari http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/amalan-berpantang/ yang mengatakan "Pakar-pakar antropologi menerangkan bahawa asas amalan pantang-larang kaum Melayu berlandaskan teori empat elemen berkurun dahulu. Elemen-elemen itu ialah tanah, yang bersifat kering; api, bersifat panas; udara, sejuk; dan, air, bersifat basah. Elemen-eleman ini mestilah berada dalam keadaan seimbang pada badan seseorang.

Proses bersalin membuatkan tubuh ibu tidak seimbang. Kehilangan darah semasa bersalin membuat badan menjadi sejuk. Dikatakan pantang-larang Melayu, sekiranya diamal secara lengkap, iaitu mengurut, berbengkung dan mematuhi larangan makanan, serta mengambil jamu dan herba, mujarab untuk mengembalikan tubuh badan wanita kepada keadaan sihat dan juga dapat mengimbangkan kembali elemen dalam badan.

tapi kan, semuanya utk mengembalikan tubuh ibu kepada asal. kalau nk kembalikan tenaga, pulihkan peranakan dan luka, serta betulkan urat2 yang 'terkehel' tu mmg saya makan ubat dari klinik dan mengurut 3 hari serta pantang makan.

haa sebut pasal pntang makan ni, hari tu kononnya x pecaya sangatla. time tu seminggu lepas bsalin, adik saya belikan nasi kerabu ayam bakar uiii kecur air liur . apa lagi bantai laaa pastu sakit pinggang, sakit kaki n sengal urat semua ada... uihhh mmg betulla xblh makan kubis, kacang panjang n timun batang dlm ulam nasi kerabu tu...mmg perghhhh kena hahaha

kalau nk kembalikan berat badan, ermmm saya ni mmg jenis kembang n dah berjaya turun 12 kg smpai sekarang hehe tapi xdela banyak perubahan pun sbb mmg sy x slim pun dari dulu...
peace no war \m/
antara amalan berpantang :

Berbengkung amalan utama

Berbengkung merupakan amalan utama dan anda boleh membeli bengkung dan tak perlu menjahitnya sendiri seperti dahulu. Belilah dari Internet atau kedai-kedai tertentu. Anda boleh pilih antara tiga jenis bengkung: bengkung barut yang sama seperti barut kanak-kanak, bengkung Mia yang lebar dan diikat bersilang-seli dari bawah ke atas dan bengkung Jawa atau bengkung lilit yang merupakan kain lebar sepanjang 15 meter dililit kemas dari pinggul sampai ke payudara

Urut-mengurut

Berurutlah sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut; kalau boleh lebih, lagi baik. Mengikut Datin Sharifah Anisah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, ini akan:

• melancarkan perjalanan darah;
• mengeluarkan darah yang terperangkap dan tertakung;
• menaikkan rahim; - blh buat lepas 40 hari...kalau x, blh tetas jahit ooo
• membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya
• memecahkan lemak;
• mengetat dan membentuk tubuh.

Bertungku

Sebelum berbengkung, wanita bertungku supaya rahim kecut dan darah beku keluar. Darah dan lendir mestilah mengalir keluar sepanjang tempoh pantang 44 hari mengikut kepercayaan Melayu. Rahim tidak akan bersih sepenuhnya jika darah berhenti awal dan ini mengugatkan kesihatan. Biasanya, dikatakan bertungku juga:

• memecahkan lemak;
• mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin;
• mengembalikan semuanya kepada keadaan asal.

Rahim juga disengkak ke atas untuk mengelakkan daripada rahim jatuh dan penyakit tombong di usia tua. - haaa yg ni sy pernah diurut time gugur tahun lepas. uiiiii sakit ooooo sengkak ni, tambahan pulak dbuat oleh bidan indonesia huhu mmg kelas

Mandi-mandian herba dan akar kayu

Ramai ibu baru juga bermandi air rebusan herba, akar kayu dan rempah semasa dalam pantang. Ia akan mengembalikan kecergasan, membuangkan angin, menghilangkan bau hanyir dan merawat urat yang terputus. - daun2 n herba utk mandi ada, bidan bagi tapi x dguna last2 layu camtu je haih...membazir tolll

Cucian untuk bahagian sulit wanita juga banyak digunakan dan bertujuan untuk membersih, membunuh kuman dan juga menyembuh dan merapatkan vagina untuk kembali kepada keadaan asal. Ada juga amalan rendaman faraj yang dikatakan efektif untuk menyembuhkan jahitan. - inila yg sangat dirisaukan... ada doktor menasihatkan pas seminggu lebih camtu, utk cepatkan luka kering dan matikan kuman, rendamkanlah bahagian jahitan, dan vagina dalam air garam... saya cuma siram je, konpem x sakit hehe memula tu takut gak pedih ke ape ke rupanya x,....

2 comments:

  1. mana nak cari sekarang bidan yang boleh sengkak pastu tungku walaupun bukan dalam pantang bersalin. Boleh rekomenkan tak ubat yang paling mujarab untuk mengecutkan rahim dan faraj kita?

    ReplyDelete
  2. kalau d terengganu ni sy pun xtau sangat... tapi sy belum lg mengurut yg terakhir lepas 40 hari tu... hihi...so belum sengkak ke ape ke. sy x ambil herba or apa2 just pergi klinik ambil ubat dari doktor...cakap nk ubat lepas bsalin so semua yg kecut rahim dsb semua ada :)))

    ReplyDelete

say something ye kawan-kawan